Tuesday, November 2, 2010

KEGELAPAN DALAM CAHAYA

assalamualaikum wbt...


ape khabar iman dan amal diri? diri ini? hmmm.....honestly so bad. kini aku ukirkan coretan ini bersama air mata yang membasahi keyboard laptopku.3 hari dalam kegelapan. aku tak dapat nak lihat cahaya umpama tiada lagi cahaya. kegelapan yang membuat diri tak mampu lagi bertahan.ingin luahkan segala..namun tiada siapa dapat memahami,tak mungkin ade yang akan memahami..kerana aku sendiri tak dapat nak meluahkan.aku melihat jalan yang aku ada untuk mengadu..tapi,aku hanya pandai untuk berpaling,dan berpaling dari kebenaran bahawasanya ade satu tempat yang bisa untuk aku luahkan segalnya. yang MAHA MENDENGAR..yang sangat memahami..yang sentiasa menunggu untuk mendengar luahan hatiku...tapi tak tahu kenapa aku masih mencari seseorang yang tak semestinya memahamiku kerana masih ada kepentingan sendiri..itulah manusia..






aku sedar, aku sedang jatuh.aku cuba cari arah, jalan, dimana satu ruang untuk kutenukan jalan penyelesaian..aku percaya DIA sedang menyediakan ujian untukku.aku aku terlalu pasti DIA sedang menyediakan sesuatu yang terbaik untukku. oleh itu, masih mencari berlari, mencari satu jalan yang akan kutemui jalan penyelesaian bagi kebuntuan yang aku sedang alami ini. akhirnya.....................kini aku temuinya.jalan yang terbaik untuk penyelesaian dari kesakitan akibat jatuh ini. ialah...sekali lagi dalam hidupku ,perkataan BANGKIT.


                                                              sejak  6 tahun yang lalu
                                               **********************************
dari kecil aku menghadapi ujian yang mungkin tiada siapa pernah mengalaminya. dari kecil aku tidak mempunyai kawan . ALLAH memberi aku ujian dengan tidak di endahkan oleh orang lain. sehingga satu tahap dimana aku mempunyai kawan yang tidak wujud di dunia nyata. kawan yang hanya wujud dalam halusinasi...saat aku menangis ,tiada siapa yang sudi mendengar, tapi ade kawan khayalanku berada disisi untuk mendengar. tingkatan satu, aku jatuh sakit. sehingga tingkatan tiga, aku menderita...aku tak nampak lagi penghidupan untuk aku saat itu. sehinggakan gerak geri ALLAH juga yang mendetikkan hatiku untuk berubah.itulah saat ayah meninggal dunia kerana sakit jantung. aku tinggalkan hatiku yang pentingkan diri sendiri. kerna ALLAH masih lagi memberi aku ruang untuk berubah walaupun aku tidak meminta.




aku mengambil PMR kembali buat kali kedua. ALLAH memberi aku peluang untuk penghidupan yang baru. namun, saat mendaftar untuk masuk kembali ke sekolah, aku diuji dengan guru yang tidak menyukai ku. saat itu ALLAH memberi lagi aku kekuatan untuk aku bangkit dan buktikan aku boleh berjaya! aku mara dan bangkit sehingga mendapat keputusan yang memuaskan.
tingkatan 5, aku diuji lagi. aku difitnah.. sekali lagi aku terfikir untuk lari... lari dari masalah..namun ALLAH menunjukkan aku jalan yang sebenar selain lari umpama pengecut yang mengaku kalah sebelum pertandingan. itulah SABAR ...melalui jalan kesabaran itu aku telesuri liku ketenangan yang abadi. setelah itu, lagi dan lagi lagi dan lagi..... aku duji, di uji... diuji..tanpa henti..kini aku dalam belenggu yang sama lagi. JATUH DAN SAKIT..
namun, suatu benda yang aku selalu lupa. saat aku jatuh, ALLAH sediakan bangun untukku.kini aku coretkan nukilan ini bersama semangat yang baru.kuniaan ILAHI...saat aku jatuh aku selalu seakan lupa kata-kata yang selalu membangkitkan aku. "Jangan kau hitung berapa kali yang kau jatuh...tapi hitunglah kejayaan mu saat kau berjaya untuk bangkit. jika ditakdirkan 9 kali untuk kau jatuh, pastikan juga takdir bahawa 10kali kau akan BANGKIT...BANGKIT... dan BANGKIT..."


episod yang sama akan berulang kerana ujian itu pasti datang ...datang dan terus datang... tapi dari itu, pastikan aku akan cuba BANGKIT... BANGKIT... dan terus BANGKIT...  ya ALLAH . walau setakat mana aku merancang hatiku, tapi KAU lah yang mentakdirkan diriku....ya ALLAH.....bantulah aku untuk terus bangkit... untuk yang selamanya hak ISLAM....aku hambaMU yang lemah..aku hambaMU yang gembira dikhalayak ramai...namun menangs lemah apabila bersamaMU...maka bantulah aku.tiada lagi tempat untukku mengadu.hanya padaMU..yang MAHA MENDENGAR...ampunkan dosa-dosaku lagi... lagi... dan lagi... kerana akulah manusia yang selalu lupa dan alpa. syukur ya ALLAH... saat aku leka itu juga kau pilih aku untuk kempbali mengingati MU...alhamdulillah ya ALLAH.... alhamdulillah....

No comments:

Post a Comment