Monday, October 24, 2011

BAB 6: menanti yang pasti

continue... 



“awak berdua macam mana?kalau saya lepaskan, awak janji akan pakai kad pelajar tu selalu?” Tanya polis university berkenaan dengan nada yang sedikit ditekan tegas.
Farah cuba untuk mengangguk tanda ingin berjanji pada polis berkenaan. Namun, belum sempat dia berbuat demikian, nurul laju menjawab.

“encik. Kami buat silap. Tak perlulah nak lepaskan kami. Saman sajalah kami. Tak adillah kalau encik lepaskan kami sebab kami memang bersalah”

Thursday, October 6, 2011

BAB 5: menanti yang pasti




Pagi itu suasana amat dingin dan tenang.  Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Burung-burung kedengaran berkicau di pohon berhampiran dengan bilik farah. Farah menetiliti tutorial semikonduktor yang sudah hampir sepenuhnya di siapkan. Terdapat satu soalan yang memang tidak dapat farah selesaikan. Subjek itu memang tidak dapat farah nafikan kesukarannya. Sebagai pelajar engineering , jadual farah agak padat dengan tutorial, kuliah, makmal, dan menyiapkan assignment serta tutorial yang tak pernah kurang. 

Saturday, October 1, 2011

BAB 4 : menanti yang pasti


continued... from bab 3:

Sebelum balik , wiliam mengomel apabila misai yang dilukis oleh sui peng menggunakan celak farah tidak tanggal dengan beberapa basuhan. farah dan sui peng hanya mampu tergelak melihat telatah wiliam cuba mencuci mukanya di sinki kafe. Farah menghentikan gelaknya apabila muka wiliam merah kerana malu akibat ramai orang di kafe memandangnya. Tiba-tiba rasa bersalah menyelubungi mindanya. Dia menegur wiliam yang masih cuba membersihkan tanda hitam di wajahnya. “are you ok wiliam?”
                   

“im ok. Don’t worry.”wiliam menjawab pendek. Sui peng masih lagi bersisa dengan gelaknya.
Farah mencapai sabun tangan kafe yang ada di sinki sebelah tempat dimana wiliam berusaha membasuh mukanya lalu dihulurkan kepada wiliam.