Friday, September 16, 2011

BAB 3: menanti yang pasti

continue...

Dari luar pintu lagi sudah kedengaran detapan komputer riba yang ditekan-tekan kekuncinya untuk menghasilkan ayat-ayat yang bakal muncul di layer skrin. Farah terlalu tekun cuba menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Dr. safwan iaitu bagi subjek komposit termaju. Apabila segala tugasan yang diberikan siap diteliti beberapa kali akhirnya farah menekan butang save dengan wajah berpuas hati. Farah menghantar satu salinan kertas kerja yang telah siap ke emailnya sendiri. Dia melakukan yang demikian untuk mengelak sebarang kemungkinan yang mungkin disebabkan oleh rosaknya data dalam pendrive mahupun komputernya. Sekali sudah cukup perit bagi farah dimana dahulunya dia pernah menaip satu kertas kerja dan nasib tidak menyebelahi farah apabila fail yang disimpan itu corrupt. Ketika itu tak dapat nak digambarkan gelabahnya farah kerana keesokannya dia perlu mnghantar kertas kerja tersebut.
‘alhamdulillah’ bisik farah tanda bersyukurnya dia kerana ALLAH memberi peluang untuk dia menyudahkan tugasannya.