Thursday, February 23, 2012

HEllO mR. bOdYGuArd BAB 3


Ika sedikit kelam kabut memasukkan satu persatu buku untuk digunakan di dalam kuliah hari ini. Semalam, Syed Abbas menghantar Ika ke kolej agak lewat disebabkan kebimbangan Syed Abbas yang belum pudar untuk melepaskan anaknya sendirian. Oleh itu, Ika tidak sempat mengemaskan buku-buku dan barang-barangnya yang lain. Jam sudah menunjukkan pukul 8.05 pagi. Sejak dari selepas subuh dia menyimpan baju-baju yang di bawa pulang ke rumah sebelum ini. Dalam tidak sedar waktu itu sentiasa berganjak terlalu pantas.

Ika pantas meneruskan perjalanannya. Dia biasa ke kuliah berjalan kaki sahaja seorang diri. Memang agak bahaya. Tapi sebenarnya boleh dikatakan sangat bahaya. Syed Abbas sudah jenuh memaksa Ika untuk belajar memandu kereta. Ika telah lulus lesen kereta dan motosikal semenjak umur 18 tahun. Namun, setelah kisah hitam yang pernah di tempuhnya, Ika menjadi seorang yang takut dan tidak suka akan apa-apa yang berkenaan JALAN dan KENDERAAN. Pernah dia di usik salah seorang sahabat sekuliahnya sewaktu di matrikulasi dahulu.

“Ika.. Jalan yang lurus dan kenderaan di syurga pun Ika takut dan tidak suka juga?” Gurau sahabatnya sambil tersenyum nakal.

Ika hanya tergelak kecil lantas menjawab “ yang  tu lain lah..”

HEllO mR. bOdYGuArd BAB 2


Bulan penuh malam itu bagai malu apabila terlalu ramai yang memerhatinya. Namun, ia tetap menyerlahkan warna yang menerangi kegelapan malam. Kadang-kadang awan kelam lalu dan menutupi sedikit demi sedikit cahayanya.

Di bawah cahaya bulan yang menyerlah itu, ada seorang pencinta alam sedang asyik merenung keindahan ciptaan Ilahi itu. Mulutnya terkumat kamit memuji kebesaran Ilahi. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa hatinya sedikit terganggu memikirkan apa yang dibualkan dengan Neneknya sebentar tadi. Nenek meninggalkan Akmal Zarif sendirian bagi memikirkan apa yang diperkatakan.

‘Zarif. Nenek ni sudah tua. Nenek nak tengok juga cucu nenek ini mendirikan rumah tangga. Sampai bila Zarif nak duduk di kampung ni dengan nenek. Nenek tahu Zarif sayangkan nenek. Zarif nak jaga nenek. Tetapi nenek juga nak Zarif tahu yang nenek teringin sangat tengok Zarif kawin sebelum Allah tarik kembali nyawa nenek ini’