Wednesday, July 6, 2011

BAB 2: Menanti Yang Pasti

continue..

Farah hanya mengikuti jejak langkah wiliam. Tiba disatu lorong kebanyakan pelajar lalu lalang, wiliam menghentikan langkahannya dan perlahan menoleh kearah farah yang masih dibelakangnya. Nafasnya dihembus berat. Matanya mencerun kearah farah dengan pandangan kelukaan. Farah berhenti dan melihat kewajah wiliam sejenak lalu menundukkan pandangan kembali sambil memulakan kata.

“apa yang awak nak cakap?” farah cuba mententeramkan nada. Farah dapat dengar keluhan berat yang keluar dari mulut wiliam sebelum wiliam memulakan kata.

BAB 1: Menanti Yang Pasti

Jam tepat menunjukkan pukul 4.30 pagi, di saat itu  ada wajah yang dalam kebasahan. Ada diri yang sedang duduk dengan adab diatas alasan kain dimana adanya ukiran indah hiasan kaabah. Diri insan itu sedang menangisi dan menginsafi dosa-dosa silam yang telah dizahirkan. Diri itu memohon kepada TUANnya yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang agar khilaf yang telah dilakukan sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak ,agar diampunkan.tidak lupa jua doa yang ditujukan untuk ibu ayah,keluarga dan seluruh umat islam. Airmata hangat itu luruh tanpa mengerti saat untuk berhenti. Dalam pipi yang terus dibasahi, mulutnya terkumat-kamit mengungkap kata.

BAB 2 : kebahagiaanmu dibalik keperitanku

* continue..
tersentak aku setelah mendapat mesej dari dia. Aku berasa sedih, tapi ku fikirkan kembali, aku patut lepaskan dia untuk mencapai kejayaan yang dia impikan. Aku sedar bahawa dia terseksa menghadapi hari-hari bersamaku. Aku menunaikan solat memohon pada ilahi. selepas solat,Tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Aku membuka pintu bilik. Terkedu aku apabila melihat si dia dihadapanku. Matanya sedikit bergenang. “im sorry” tu je perkataan yang aku dengar darinya. lalu airmata ku tak dpat ku tahan-tahan lagi.



gambar hiasan

BAB 1 : kebahagiaanmu dibalik keperitanku


    *
      Tersenyum sendirian daku dihadapan computer riba yang kusam. Kekunci papan computer riba yang bertanda anak panah ke kanan kutekan selang 30saat. Setiap kali jariku berdetik menekan butang itu,satu demi satu paparan gambar terpapar di layar skrin di hadapanku. Setiap satu paparan gambar berwajah itu menyembunyikan beribu kenangan dan peristiwa tersendiri. Memang tidak dapat kunafikan lagi, bahawa aku jua merinduinya.. aku merindui dia yang pernah menjadi peneman ketika aku sendirian, yang cuba kufahami sifatnya, yang kuhafal tingkah lakunya, yang sedia ada untuk sentiasa kuambil berat, dan si dia yang pernah menangis dan ketawa bersama-sama..dialah seorang KAWAN…
 gambar hiasan