Friday, September 16, 2011

BAB 3: menanti yang pasti

continue...

Dari luar pintu lagi sudah kedengaran detapan komputer riba yang ditekan-tekan kekuncinya untuk menghasilkan ayat-ayat yang bakal muncul di layer skrin. Farah terlalu tekun cuba menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Dr. safwan iaitu bagi subjek komposit termaju. Apabila segala tugasan yang diberikan siap diteliti beberapa kali akhirnya farah menekan butang save dengan wajah berpuas hati. Farah menghantar satu salinan kertas kerja yang telah siap ke emailnya sendiri. Dia melakukan yang demikian untuk mengelak sebarang kemungkinan yang mungkin disebabkan oleh rosaknya data dalam pendrive mahupun komputernya. Sekali sudah cukup perit bagi farah dimana dahulunya dia pernah menaip satu kertas kerja dan nasib tidak menyebelahi farah apabila fail yang disimpan itu corrupt. Ketika itu tak dapat nak digambarkan gelabahnya farah kerana keesokannya dia perlu mnghantar kertas kerja tersebut.
‘alhamdulillah’ bisik farah tanda bersyukurnya dia kerana ALLAH memberi peluang untuk dia menyudahkan tugasannya.





Farah mula menekan butang untuk melayari internet. Dia membuka blognya untuk mengukirkan sedikit perkongsian serta pengisian. Tangannya laju menekan punat komputernya. Namun tiba-tiba jarinya terhenti. Yang ditaipnya setakat ini hanyalah tajuk. Namun mindanya tidak dapat focus untuk menghurai tajuk tersebut. Farah mula mengeluh dan mengalah. Dia tahu bahawa mindanya sudah bercampur baur dengan memikirkan sesuatu yang lain, maka pasti dia tak dapat focus untuk penulisannya.

Farah menutup komputer riba dan perlahan membaringkan diri dikatil biliknya. Beberapa kali kedengaran mulutnya menghembus nafas yang berat. ‘astaghfirullahal azim’ tiba-tiba farah tersedar rupanya dari tadi dia asyik mengeluh. ‘ya ALLAH..ampuni aku kerna mengeluh umpama tidak redha ..ampuni aku ya ALLAH’ detik hati farah. 



Farah merenung syiling. Entah mengapa syiling bilik yang direnung juga dirasa bagaikan layar besar yang memaparkan kisah-kisah yang telah dilaluinya. Kisah bagaimana dia mula mengenali wiliam. Kisah bagaimana wiliam cuba berkelakuan buruk terhadapnya. Dan kisah bagaimana seorang lelaki yang bernama ustaz hamka pernah muncul dalam hidupnya saat dia diganggu oleh wiliam.
                                       **********setahun yang lalu*********

Farah cepat-cepat bersiap. Sui peng hanya meneliti perbuatan farah yang terkopoh kapah bersiap untuk bertemu dengan wiliam.
“sorry sui peng. Saya tak tahu wiliam nak buat rancangan tu hari ni.” Farah cuba menjelaskan sambil tangan pantas mencapai bahan-bahan yang perlu dibawanya.

“its ok farah. I pun silap sebab tak bagitau U awal-awal. Wiliam pun satu hal, dia yang bagitau I on the spot like this.” Jawab sui peng sambil terus memandang tingkah laku farah . tiada apa yang dapat dibantu kerana hanya farah yang tahu dimana dia meletakkan barang-barang yang perlu dibawa.

“wiliam setuju ke dengan rancangan I tu?”farah bagai menduga.

“setujulah kut. Kalau dia tak setuju, I yang akan paksa dia untuk setuju” sui peng menghabiskan kata dengan gelak kecil.farah hanya mampu tersenyum dalam mengah-mengah keletihan kerana menggunakan speed yang tinggi untuk menyimpan keperluan yang perlu ada.

“ok dah!” farah berkata sambil tersenyum kepuasan kearah sui peng. Mereka akhirnya berjalan beriringan kearah kafe kolej dimana tempat yang mereka janjikan. Setelah tiba disana dari jauh mereka dapat melihat wiliam melambai supaya mereka pergi kearahnya. Wiliam kemudiannya mengajak mereka untuk pergi ketempat yang sedikit tersorok.


“ok wiliam.jom kita mula projek.” Farah berkata sambil tersenyum nakal kearah wiliam.

“U jangan conteng lebih-lebih ye” wiliam meluahkan rasa bimbangnya.

“don’t worry, I akan lukis cantik-cantik” sui peng cuba menenangkan wiliam.

“tengok farah, betapa I sanggup berkorban demi projek ni” wiliam meluahkan sambil menayangkan wajah meminta simpati dari farah.

“berkorban apanya. Setakat lukis misai je kat muka. Saya  suruh awak cream kan rambut tu jadi rambut orang skema. Barulah jadi sikit watak awak tu.” Farah mengomel akan keengganan wiliam untuk menukar style rambunya untuk diambil gambar. Gambar itu nanti akan digunakan untuk pembentangan projek terakhir bahasa inggeris bagi kumpulan mereka. Farah memang suka untuk melakukan sesuatu yang berbeza dari lain dalam setiap pembentangan dirancangnya.

“aiyo…tak maula farah. I baru saja dye rambut I . mahal lo farah. Nanti rosak..” wiliam cuba meminta simpati lagi.

“yela…yela..dahla. sui peng, U boleh start lukis dah” farah mengarah.

“ok bos!” jawab sui peng sekali dengan tabik. Farah tergelak kecil melihat telatah sui peng . tambah tergelak lagi bila melihat muka wiliam berkerut-kerut di conteng sui peng. 

gambar hiasan

continue...

3 comments: