Thursday, February 23, 2012

HEllO mR. bOdYGuArd BAB 3


Ika sedikit kelam kabut memasukkan satu persatu buku untuk digunakan di dalam kuliah hari ini. Semalam, Syed Abbas menghantar Ika ke kolej agak lewat disebabkan kebimbangan Syed Abbas yang belum pudar untuk melepaskan anaknya sendirian. Oleh itu, Ika tidak sempat mengemaskan buku-buku dan barang-barangnya yang lain. Jam sudah menunjukkan pukul 8.05 pagi. Sejak dari selepas subuh dia menyimpan baju-baju yang di bawa pulang ke rumah sebelum ini. Dalam tidak sedar waktu itu sentiasa berganjak terlalu pantas.

Ika pantas meneruskan perjalanannya. Dia biasa ke kuliah berjalan kaki sahaja seorang diri. Memang agak bahaya. Tapi sebenarnya boleh dikatakan sangat bahaya. Syed Abbas sudah jenuh memaksa Ika untuk belajar memandu kereta. Ika telah lulus lesen kereta dan motosikal semenjak umur 18 tahun. Namun, setelah kisah hitam yang pernah di tempuhnya, Ika menjadi seorang yang takut dan tidak suka akan apa-apa yang berkenaan JALAN dan KENDERAAN. Pernah dia di usik salah seorang sahabat sekuliahnya sewaktu di matrikulasi dahulu.

“Ika.. Jalan yang lurus dan kenderaan di syurga pun Ika takut dan tidak suka juga?” Gurau sahabatnya sambil tersenyum nakal.

Ika hanya tergelak kecil lantas menjawab “ yang  tu lain lah..”


Syed Abbas juga jadi pening dengan fobia Ika yang belum pernah mengerti untuk pudar. Jarak rumah Syed Abbas dengan universiti tempat Ika belajar memang agak jauh. Perjalanan jarak jauh itu mengambil masa lebih kurang dua jam pemanduan. Syed Abbas pernah manawarkan untuk menghantar Ika ulang alik dari tempat belajar. Namun, sifat Ika yang tidak mahu menyusahkan sesiapa membuat dia berkeras menolak cadangan Syed Abbas.

Ika pantas berjalan cuba mengejar masa. Jam sudah menunjukkan pukul 8.15 minit pagi. Ika pasti akan lewat ke kuliah yang bermula pukul 8.30 pagi  jika dia meneruskan rancangannya untuk berjalan dan tidak menaiki bas. Akhirnya dia mengalah. Kakinya sudah terjejak di hentian menunggu bas untuk ke fakultinya. Ika cuba untuk tidak mengendahkan orang ramai yang asyik memerhatikannya. Dia hanya menundukkan pandangan tanda tidak selesa kerana ada yang asyik menilik-nilik wajahnya beberapa kali. Begitulah setiap kali dan di mana-mana sahaja Ika berada. Bas berhenti di hadapannya. Bas dinaiki dengan teratur oleh setiap mahasiswa di situ.

Setelah Ika menjejakkan kaki di dalam bas, tiada tempat untuk dia duduk. Ika jadi semakin cuak. Dia memang tidak stabil bila berdiri di dalam bas. Bila bas mula bergerak, beberapa kali dia hampir terjatuh. Dia cuba sedaya upaya menstabilkan diri. Tiba-tiba beg sandang belakang yang dipikulnya terasa sedikit ditarik. Dia memelengkan kepala untuk melihat takut-takut beg sandangnya tersangkut pada sesuatu. Namun, apa yang dilihat tangan seorang lelaki menarik beg sandangnya sambil berdiri dan menjemput Ika untuk duduk. Ika yang sudah amat tidak stabil hanya menerima pelawaan lelaki berkenaan.

“terima kasih” Ika ucapkan kepada lelaki itu antara dengar dan tidak tanpa memandang ke arah wajah lelaki itu. Mana tidaknya, lelaki itu agak tinggi. Ika tak sanggup mendongak kepalanya semata-mata ingin melihat lelaki yang bukan mahram baginya itu. Lelaki itu seperti sedikit pun tidak menadang Ika. Setelah mempersilakan Ika duduk, dia hanya memalingkan badan membelakangi Ika sambil tangannya memegang besi untuk menstabilkan dirinya. Ika terus menundukkan kepalanya.

Namun, pandangannya tiba-tiba tertarik pada sesuatu. Matanya terus memerhati selipar yang dipakai lelaki tadi. Selipar jenama ADIBAS berwarna hitam yang dipakainya kelihatan sudah sangat lusuh. Ada jahitan yang jelas kelihatan. ‘astaghfirullahal azim’ Ika tiba-tiba beristighfar dalam hatinya. ‘hisy…kenapalah aku pergi tilik kaki orang lama-lama.’ Namun, yang terdetik di hati Ika hanyalah perasaan kasihan melihat selipar lelaki itu. ‘alhamdulillah..syukur ya Allah kau berikan nikmat padaku pakaian yang cukup sempurna. Berikanlah rezeki buat lelaki ini dan jadikan kami orang-orang yang bertaqwa pada-MU ya Allah. Amin’ detik doa di dalam hati Ika.

****
“assalamualaikum” Ika menyapa seseorang yang duduk elok merenung buku rujukan yang tebalnya kelihatan mencecah 1000 muka surat.

“waalaikumussalam warahmatullah” jawab Erni sahabat baik Ika sambil matanya di alih dari memandang buku rujukan dan tangan menyelak rambut lurus yang jatuh menutup matanya.

“Erni dah study untuk mid semester nanti ke? Bagusnya Erni. Ika belum mula lagi.” Ujar Ika sambil mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Erni. Ika berasa selesa dengan suasana penyaman udara yang menyejukkannya yang berpeluh akibat ketakutan menaiki bas.

“belek-belek je Ika. Tak ingat sangat pun. Cuma baca je. Ika tak apalah mula belajar lewat pun, Ika dah ingat time lecturer ajar lagi” Erni tersenyum ke arah Ika. Rambutnya di selak ke belakang sekali lagi.

“hisy..mana ada. Allah bagi otak kita sama je la Erni. Ika pun tetap kena usaha. Allah kan dah janji. Dia akan bagi setakat mana kita usaha. Mana ada kejayaan datang bergolek Cik Erni ooi..” Ika cuba berseloka.

Erni hanya tersenyum riang dengan celoteh Ika. “ha..Ika” tiba-tiba Erni bagai teringat  sesuatu. “macam mana dengan kes Ika kena kacau hari tu? Ika memang tak apa-apa?Apa yang terjadi sebenarnya?”

“aiyo…banyaknya soalan. Nak jawab yang mana dulu ni?” Ujar Ika tersenyum mengusik.
“ Alhamdulillah. Ika tak apa-apa. Hari tu tengah jalan balik dari kuliah. Dah rasa macam ada orang ikut. Ika dah get ready dengan semburan air lada yang Abi bagi dekat Ika. Apalagi, Ika semburlah muka orang tu. Alhamdulillah syukur sangat sebab sikit pun dia tak sempat sentuh Ika.” Ika menerangkan sambil mulutnya tidak lekang dari menerbitkan senyuman memukau. Erni hanya mengangguk-angguk tanda faham berpuas hati dengan penerangan Ika.

“Ika. Tapi, ni bukan kes yang pertama kan? Tahun ni saja dah dua kes Ika kena kacau. Erni rasa, Ika sendiri pun tahu kenapa Ika di kacau kan?” Erni menduga. Dia tahu bahawa Ika memang tidak suka orang memuji-muji dia.

“Ika pun tak tahu nak buat macam mana lagi Erni. Ika dah agak buntu. Ika mohon Allah berikan Ika ilham je.” Ujar Ika tidak memandang wajah Erni. Matanya hanya memenliti kosong buku ilmiah yang di pegang sedari tadi.

“maaf Ika. Erni ada cadangan. Tapi, ni Cuma cadangan dari Erni. Harap Ika tak marah ya.” Erni teragak-agak untuk mengeluarkan kata.

“Cadangan apa Erni? Insyaallah. Ika cuba mengawal dari marah ok?” Ika sedikit tergelak bila melihat gelagat Erni yang kelihatan ketakutan untuk mengeluar kata.

“Ika pakai purdah” Erni mengeluarkan kata antara dengar dan tidak.

“apa dia? Tak dengar. Kuat sikit.” Ika benar-benar tidak dengar apa yang Erni cakap.

Erni mengumpul semangat “ Erni cakap…apa kata kalau Ika pakai purdah?” Masih takut-takut. Kini, dia hanya menanti reaksi dari Ika.

Ika hanya sedikit mengeluh dan terus meletakkan buku di tangannya lembut ke atas meja kuliah di hadapannya. Matanya lalu memandang Erni lembut.
“Erni. Ika hargai cadangan Erni dan keprihatinan Erni terhadap Ika. Tetapi Erni, Ika belum bersedia untuk istiqamah memakai purdah. Lagipun kita sekarang masih belajar. Pihak universiti sendiri tidak menggalakkan kita untuk berpurdah. Kita kan banyak pembentangan projek.” Ika tenang memberi penerangan.

“dan satu lagi Erni…” Ika berhenti sebelum menghabiskan ayat. Nafasnya di tarik berat. “Ika tak rasa Ika adalah orang yang wajib menutup wajah. Mungkin Ika belum bersedia. Ika harap Erni faham okey?” Ika tersenyum meminta pengertian dari Erni.

“okey Ika. Erni Cuma nak memberikan cadangan. Tapi, Erni sendiri pun tahu Erni tak layak untuk memberi cadangan macam tu kat Ika.” Erni berubah wajah. Dia sedar dirinya yang tidak menutup sehelai pun aurat rambutnya itu layak untuk menegur orang yang sepenuhnya menutup aurat seperti Ika.

“hisy Erni ni.. Janganlah cakap macam itu pula. Ika tak bermaksud macam tu pun.” Ika rasa sangat bersalah. “ Ika bukan tolak cadangan Erni sebab tu. Tak terlintas dan terniat pun di hati Ika macam tu. Erni janganlah terasa. Ika tolak bukan sebab Erni. Ika tahu cadangan Erni itu adalah satu penyelesaian yang amat baik. Ika faham sangat. Tapi, Ika memang tak bersedia nak pakai purdah Erni. Maafkan Ika.” Ika masih dengan persaan yang amat bersalah.

“Erni tak terasa pasal Ika tolak cadangan Erni tu. Cuma…” Erni rasa bersalah untuk mengakui kesilapan yang dilakukannya iaitu tidak menutup aurat.

“cuma apa Erni?” Ika masih menunggu ayat Erni dihabiskan.

“Tak ada apa-apalah” Erni cuba menyerlahkan senyuman nakal supaya Ika tidak bertanya panjang.

“hisy..Erni ni..” Ika menggeleng-geleng melihat kecomelan Erni.

“tu buku apa Ika?” Erni cuba mengubah tajuk.

“mana? Buku ni?” Ika menilik buku yang di perhati Erni dari tangannya. “ ini buku riwayat bidadari syurga karya Munif penyanyi kumpulan nasyid Hijjaz.”

“oh..yang suara nyaring sedap tu? Wah. Erni suka suara dia. Dia dah menulis buku ya sekarang. Buku tu kisah tentang apa Ika?” Erni bagai amat berminat untuk tahu. Dia sedikit pun tidak malu untuk berinteraksi dengan Ika. Salah satu sebabnya  kerana Ika sentiasa memberikannya pandangan yang bernas jika dia menghadapi sebarang masalah dan yang paling penting. Ika tidak pernah merendah-rendahkan Erni walaupun Erni tidak bertudung. Ika sentiasa ikhlas dalam tutur katanya.

“ha ah..penyanyi tu. Buku ni kisah tentang wanita-wanita islam yang hebat pada zaman-zaman dahulu. Seperti Maryam, Siti Hajar, Rabiatul Adawiyah dan ramai lagi. Tokoh-tokoh ni adalah orang yang kita boleh ambil teladani sikapnya. Mereka manusia biasa seperti kita. Mereka juga wanita seperti kita. Yang beza mereka dengan kita adalah tahap ketaqwaan mereka kepada Allah berbanding tahap ketaqwaan kita. Mereka memang wanita-wanita islam yang sangat hebat. Ika suka baca buku ni. Buku ni banyak bagi teladan pada Ika.” Menghurai panjang dalam senyuman.

“wah…bestnya dapat jadi macam diaorang ya.” Erni berkata kagum.

“nah” Ika menghulurkan buku yang di promosi sebentar tadi. “ini hadiah buat Erni dari Ika”

“ha??Ika..tak apalah. Nanti Erni pergi beli sendiri. Inikan buku kesayangan Ika.” Erni rasa bersalah untuk menerima.

“Erni…hadiah yang paling baik adalah menghadiahi seseorang dengan benda yang paling kita sayang. Terimalah Erni.” Ika masih tidak berganjak dari menghulurkan buku itu mengharapkan Erni untuk mencapainya. Akhirnya Erni menyambut pemberian Ika. Erni menilik buku itu. Dia sangat terharu dengan keikhlasan Ika.

“terima kasih Ika. Sayang Ika” Erni senyum terharu.

“sama-sama sayang. Sayang Erni juga kerana Allah” membalas senyum Erni.

Tiba-tiba mata Erni tertarik pada seseorang yang berada di barisan kiri tempat duduk di dalam kuliah besar itu. “siapa tu Ika? Budak baru ke?”

Ika hanya memandang sekilas. “entahlah. Tak pernah Nampak. Mungkin budak yang masuk panggilan kedua kut.” Panggilan kedua bagi pelajar baru memang baru sahaja dibuka.

“emm..mungkin kut” Erni mengiyakan juga.

“mana Dr. Hairee ni Erni? Dah pukul 9 lebih ni. Kuliah batal ke hari ni?” Ika tiba-tiba tersedar yang sedari tadi mereka berborak tanpa sedar bahawa pensyarah masih belum kunjung tiba lagi.

“kelas batal kut. Diorang semua dah keluar tu. Kita je yang asyik borak dari tadi” Erni tergelak sambil tangannya pantas menyimpan buku pemberian Ika ke dalam beg sandang bahunya. “jom makan dulu. Pukul 10 pula kelas kan?”

“ha ah..jom” jawab Ika pendek.
Mereka sama-sama berjalan beriringan ke kafetaria fakulti. Otak Ika ligat memikirkan jalan penyelesaian dalam diam manakala Erni hanyut dengan hati yang tidak sabar untuk membaca buku pemberian Ika di biliknya nanti.


^^^maaf sahabat-sahabat. Bab dua tidak menghiburkan sangat. Harap sedikit terhibur dengan bab 3. Nantikan bab empat yang insyaAllah bakal menimbulkan sedikit kontroversi. Moga terhibur..^^






No comments:

Post a Comment