Thursday, February 23, 2012

HEllO mR. bOdYGuArd BAB 2


Bulan penuh malam itu bagai malu apabila terlalu ramai yang memerhatinya. Namun, ia tetap menyerlahkan warna yang menerangi kegelapan malam. Kadang-kadang awan kelam lalu dan menutupi sedikit demi sedikit cahayanya.

Di bawah cahaya bulan yang menyerlah itu, ada seorang pencinta alam sedang asyik merenung keindahan ciptaan Ilahi itu. Mulutnya terkumat kamit memuji kebesaran Ilahi. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa hatinya sedikit terganggu memikirkan apa yang dibualkan dengan Neneknya sebentar tadi. Nenek meninggalkan Akmal Zarif sendirian bagi memikirkan apa yang diperkatakan.

‘Zarif. Nenek ni sudah tua. Nenek nak tengok juga cucu nenek ini mendirikan rumah tangga. Sampai bila Zarif nak duduk di kampung ni dengan nenek. Nenek tahu Zarif sayangkan nenek. Zarif nak jaga nenek. Tetapi nenek juga nak Zarif tahu yang nenek teringin sangat tengok Zarif kawin sebelum Allah tarik kembali nyawa nenek ini’


Zarif melepaskan keluhan yang sedikit berat. Masuk bulan ini, sudah 6 bulan Zarif tidak bekerja. Zarif tidak mempunyai pilihan kecuali dengan meletak jawatan secara mengejut 6 bulan yang lalu setelah mendapat panggilan yang menyatakan nenek dimasukkan ke hospital kerana jatuh tangga. Bagai hendak luruh hatinya apabila mendapat perkhabaran yang sedemikian. Namun, dia sedikit pun rasa menyesal. Apa yang penting bagi Zarif adalah kesihatan orang yang amat disayanginya iaitu nenek. Kini, orang yang disayangi itu teringin pula melihat dia berkahwin. Agak berat dia ingin meninggalkan nenek. Itulah sesuatu yang sedang difikir saat ini. Nenek sudah mulai bimbang oleh kerana umur zarif yang sudah hendak mencecah 30 tahun. Zarif menyandarkan kepala yang dirasakan berat ke dinding papan kayu rumah nenek. Hatinya dibiarkan hanyut. Hanyut dibuai kata-kata nenek.

******

Ika merenung komputer ribanya umpama sudah tidak mahu lagi berkelip matanya. Entry yang baru dimasukkannya hanya direnung. Dia benar-benar berharap ada yang dapat mengambil iktibar dari penulisannya.

‘Assalamualaikum dan Salam            sejahtera. Hari ini ana gatal tangan nak menulis lagi. Dari semalam lagi rasa nak menaip sesuatu untuk dikongsi, tapi idea blank. Mata ana tiba-tiba rasa pedih, rasa macam nak tertutup (mengantuk la tu). Ubat yang paling mujarab apabila mengantuk ialah? Tidurlah.

Ok back to the topic. Hari ini ana terfikir sesuatu yang simple, tapi ulasannya mungkin boleh memberi manfaat yang banyak . Insyaallah. Tentang sedih.
Biasalah manusia mempunyai pelbagai perasaan yang allah ciptakan . Variasi yang indah supaya kehidupan kita penuh dengan warna warni dan bukannya satu perasaan sahaja.
Ana ini boleh dikatakan ratu tangisan juga. Ana tidak menangis apabila apa yang ana inginkan tak dapat dimiliki. Namun benda yang paling buat ana sedih menangis sampai air mata pun rasa dah kering, apabila dapat tahu sesorang itu tidak menyukai ana. Sedih sangat. Ana cuba mencari kelemahan diri supaya dapat diperbaiki. Kalau sudah orang tidak suka pasti ada yang tidak kena. Dengan berkat doa dan tawakkal alhamdullillah allah itu maha mengasihani, ana cuba membetulkan apa yang salah dan segalanya selesai. Allah ada.

Ada yang menangis bila kehilangan seseorang yang disayangi.(macam ana la) . Tetapi kalau di fikirkan kembali, Allah mungkin lebih menyayangi orang yang pergi itu. Kalau rasa kehilangan ayah, kita masih ada ibu. Kalau kita kehilangan ibu, kita ada ahli keluarga. Kalau kita kehilangan keluarga, kira masih ada kawan-kawan. Jika kita hilang kawan-kawan, kita masih ada saudara seislam lain. JIka di takdirkan manusia seluruh dunia ini pergi, kita masih ada sesuatu yang kita selalu lupa. Sedangkan Dia senantiasa bersama kita saat kita sedih mahupun gembira. Dia tak akan tinggalkan kita walaupun sedetik. Dia lah ,kalau kita cintai, adalah cinta sejati dan hakiki. Dialah yang seharusnya kita cintai melebihi orang orang yang kita sayangi di dunia ini. Dia lah Allah swt dan pesuruhnya Rasulullah saw. Jangan pernah rasa kehilangannya kerana Dia sentiasa akan ada bersama kita. Mendengar segala aduan dan permohonan kita. Menangislah di hadapannya. Nescaya hatimu akan tenang. Ada yang menangis kerana terasa doanya tidak dimakbulkan.jangan pernah bersedih demi itu. Jangan pernah letih dan berputus asa untuk terus berdoa. Percayalah dengan janjiNYA. Allah senantiasa memberi yang terbaik buat hambanya.

Cubalah renung nikmat gantian yang Allah kurniakan sebagai ganti sementara permintaan kita. Mungkin Allah lambat menunaikan sesuatu doa kita untuk melihat setakat mana ketakwaan kita. Mungkin Allah tidak memberi permintaan kita kerana nanti apabila kita mendapatnya, kita akan riak, ujub dan takbur Dia atas nikmat yang diberikan. Maka Allah memberIkan yang setimpal dengan diri kita. Walaupun mungkin kita selalu menangis dan bersedih, ingatlah, tangisan yang terbaik adalah untuk Allah.

As the conclusion, Berdoalah. Jangan pernah putus asa. Jika ALLAH memberi kegelapan dalam hari-hari kita, pasti ada cahaya yang amat terang bakal mendatang. Jika tidak didunia, di akhirat kelak. Syaratnya, sabarlah menghadapi segalanya. Laluilah segalanya dengan ketabahan dan ketakwaan. JIka ditakdirkan kita jatuh sembilan kali, bangunlah untuk kesepuluh kali. Jangan pernah berhenti.

Fataci's law state that "people who are stop will never win anything" . Allah Maha Mendengar rintihan hambanya, Dia yang berhak menentukan pemilik hidayahnya. Berdoalah. jangan pernah rasa lelah untuk berdoa. Seluruh hati makhluk ini milik Allah, Dia yang berhak memberi cahaya kepada hati-hati hambanya yang benar-benar ikhlas. Kita akan dapat melihat dan merasai, kehebatan doa dan tawakal setelah kita berusaha dengan sehabis daya. Percayalah dan Yakinlah dengan        Allah.
Wallahua'lam
(sebarang komen dan pembetulan amat dialukan.insyaAllah kita sama kongsi ilmu)’

Tiba-tiba Ika terperasan satu komen yang berada di bawah entry penulisan Ika. Ika meneliti panghantarnya. ‘Syed Mr. BG’ itulah nama yang tertera. Ika membaca tekun komen yang ditulis. ‘Syed Mr. BG’ memang orang yang selalu memberikan komen pada setiap entry blog yang Ain hantar.

' Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. la mendapat pahala (darikebajIkan) yang diusahakannya dan ia mendapat
Siksa (dari kejahatan) yangdikeriakannya.(mereka berdoa)

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau bebankan kepada kami beban Yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orangyang sebelum kami. Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami: ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir - al-baqarah(286). Moga ukhti terus tabah.’

Ika pantas melentikkan jarinya untuk membalas komen yang diberikan.
‘Syukran jiddan. InsyaAllah. Moga kita semua terus tabah’ . butang hantar ditekan.

Tuk!tuk! pintu biliknya diketuk.
“Masuk!” Ika mengalukan tetamunya masuk. Wajah Ain dan Syed Abbas terjengul di hadapan pintu biliknya. Ika yang duduk mengadap komputer riba di meja belajarnya bangun dan beralih tempat duduk ke katilnya lalu menepuk-nepuk katilnya tanda menjemput Syed Abbas dan Ain untuk duduk. Ain dan Syed Abbas hanya menurut arahan.

“kak Ika tak lapar ke?Kenapa tak turun makan?” Soal Ain yang baru balik dari Matrikulasi MARA Kulim Kedah kerana cuti semester selama dua minggu.

“kak Ika tak lapar. Tadi kak Ika dah makan kat fakulti” Jawab Ika dengan seyuman yang diukir manis. Dia perasan yang Syed Abbas asyik merenungnya dari mula memasuki biliknya.

“Kak Ika..”  Ain merenget manja dengan Ika.

“ Ya adikku sayang yang manja plus busuk. Ada yang bisa dibantu?ni menggeliat macam orang tak cukup vitamin kenapa?” Ika menghabiskan ayat gurauannya dengan gelak sopan.

“Isy.. kak Ika ni. Orang wangilah. Tak macam kak ika tu.” Ain tergelak sama. “Kak Ika, kat Universiti kak Ika tak ada ke lelaki soleh yang hensem plus kaya untuk dijadikan suami?” Ain tersenyum nakal ke arah Ika.
“suami untuk siapa? Untuk akak?” Ika menyoal bersama kerut seribu kepelikan dengan soalan yang diajukan Ain.

“hisy kak Ika ni…kenapa untuk kak Ika pula. Mestilah untuk Ain. Dah tak laratlah nak sambung belajar lagi kak Ika. Nak kahwin je. Senang sikit. Suami tanggung.” Ain mengadu. Tekanan belajar di matrikulasi memang amat berbeza dengan suasana belajar di sekolah biasa. Masa pelajar matirikulasi belajar juga berbeza. Setahun untuk menghabiskan semua bab dan mata pelajaran bukanlah sesuatu yang mudah. Tekanan itulah yang pernah di lalui Ika dan kini dilalui Ain pula.

“Ain.. tak baik cakap macam tu. Allah tak bagi ujian pada orang yang Dia rasa tak mampu. Ain pun tahu tu kan?” Ika cuba menenangkan Ain.

“ye lah kak Ika. Ain ingat tu. Tapi, kalu nak kawin suka-suka tak boleh ya kak Ika?macam seronok je kahwin.” Ain menyambung gelaknya terkekeh-kekeh.

“hisy…adik ni. Gatal betul” Ika turut sama tergelak sambil matanya memerhati Abinya yang terdiam dari tadi. Mata Abi asyik merenung Ika dengan wajah terlalu jelas memikirkan masalah yang sukar Ika tafsir.  

“Abi tak makan lagi ke? Kenapa asyik tenung-tenung Ika ni?” sambung Ika sambil mencubit paha Syed Abbas manja.

Syed Abbas yang sedikit tersentak dengan cubitan manja Ika lantas menjawab “hai. Akta mana pula yang menetapkan seorang bapa tidak boleh merenung wajah anaknya wahai puteriku sayang?” Senyuman Syed Abbas melebar menandakan dia lega apabila melihat senyuman Ika itu. Dia sebenarnya bimbang Ika masih memikirkan atau masih fobia dengan kejadiaan petang tadi. Ain juga hanya tersenyum melihat telatah Abi dan kakaknya.

“Abi” panggil Ika tangannya menggengam tangan Syed Abbas. Matanya merenung ke arah tangan putih syed abas. Syed Abbas hanya menyahut sekadarnya panggilan Ika.

“Abi tak nak ke ikut cadangan Encik polis tadi?” Ika cuba menduga.

“Cadangan apa?” Syed Abbas keliru. Banyak juga yang diborakkan dengan pegawai polis itu tadi.

“Tentang carikan Ika bodyguard?” Ika menghabiskan katanya dengan semburan gelak. Ain yang mendengar hanya tergelak sama. Begitu juga dengan Syed Abbas yang tiba-tiba merasakan cadangan pegawai polis berkenaan teramatlah lucu walaupun sebenarnya petang tadi dia tidak ada riak sedikit pun untuk menyatakan bahawa cadangan itu merupakan sesuatu yang lucu.

“Tapi kan kakak, bukan ke itu salah satu cadangan yang agak baik. Ya lah, manakan tahu nanti Abi dapat carikan bodyguard yang hensem pada akak. Bolehlah Ain menumpang perlindungan sekali. Perlindungan kasih sayang..” Ain menghabiskan kata dengan menyambung gelaknya bersama-sama Ika dan Syed Abbas yang masih khusyuk dengan tawa masing-masing.

Ika rasa benar-benar bersyukur dapat memiliki Abi dan Ain di dalam hidupnya. Merekalah yang selalu sebagai teman tempat ketawa dan menangis. Ika berdoa moga Allah memberikan jalan penyelesaian ke atas masalahnya supaya dia tidak lagi menyusahkan Abi, Ain dan orang lain. Moga Allah makbulkan.




No comments:

Post a Comment