Wednesday, July 6, 2011

BAB 2: Menanti Yang Pasti

continue..

Farah hanya mengikuti jejak langkah wiliam. Tiba disatu lorong kebanyakan pelajar lalu lalang, wiliam menghentikan langkahannya dan perlahan menoleh kearah farah yang masih dibelakangnya. Nafasnya dihembus berat. Matanya mencerun kearah farah dengan pandangan kelukaan. Farah berhenti dan melihat kewajah wiliam sejenak lalu menundukkan pandangan kembali sambil memulakan kata.

“apa yang awak nak cakap?” farah cuba mententeramkan nada. Farah dapat dengar keluhan berat yang keluar dari mulut wiliam sebelum wiliam memulakan kata.


“I tahu. U benci tengok muka i. dengar suara I pun u meluat kan?” sekali lagi wiliam melepaskan nafas keluhannya. Sebelum menyambung kata. Farah pula mula mengalihkan pandangan kosong kearah pemandangan sebelah kirinya sambil menanti wiliam menghabiskan ayatnya dengan sabar.

“tapi I harap u sabar untuk dengar apa yang I nak katakan. Sabar dengar suara yang meluatkan ni sekejap je.” Wiliam terhenti lagi.
Farah sudah mula rasa bersalah. Riak wajahnya mula berubah. Namun pandangannya masih tidak dialih dari melihat pemandangan dan orang lalu lalang di sebelah kirinya.

“I nak u tahu. Selama ini I memang main-main dengan u. I dekat diri dengan u sebab I nak u jatuh hati pada I.” diam sejenak.
“dan sekarang, I pun nak u tahu…” wiliam menarik nafas panjang. Suaranya mula bergetar menggambarkan nada sebak yang terbuku dihatinya.
“yang u dah buat I betul-betul jatuh hati pada u. I nak u tahu..yang walaupun sedetik, I tak mampu nak lupakan u. I nak u tahu..setiap saat I nak sangat u ada disisi I dan I sayangkan u sangat.” Mata lelaki wiliam mula bergenang namun cuba ditahan sebak yang dirasa. 

 gambar hiasan
Farah masih kaku. Pandangannya yang kabur disembunyikan dengan menundukkan kepalanya sementara wiliam masih tidak berhenti merenung farah mengharapkan pegertian dan reaksi dari farah.

“say something farah, please..”wiliam terus menanti penuh pengharapan.
Farah tak dapat menyorok airmata yang dari tadi meronta untuk mengalir. Hatinya rasa keliru dan bersalah. 

“saya tak tahu nak cakap apa. I am sorry. Tapi apa yang awak harapkan dari saya wiliam?apa yang harapkan saya cakap?” akhirnya farah bersuara sambil sedaya upaya menahan airmatanya dari luruh.

“I terlalu harapkan u balas cinta I . sebab I dah terlalu cintakan u. itu yang I harapkan. Boleh u cuba terima cinta I ?” wiliam masih lagi mengharap.

“ saya minta maaf wiliam. Tapi awak sendiri yang cakap hari tu yang awak sukakan saya, tapi untuk masuk islam, itu mustahil bagi awak. Awak betul-betul maksudkan apa yang awak cakap ke?” farah mengharapkan jawapan.

“yes. I do. Memang I suka pada u. but..”

“but what?mustahil bagi awak untuk terima islam?” cepat farah meneka apa yang ada difikiran wiliam.

“no..it is not like that..bukan macam tu..” wiliam cuba menjelaskan. Namun sekali lagi farah memintas kata-kata wiliam.

“wiliam. I want to make it clear. Kalau mustahil bagi awak untuk terima islam.makksudnya mustahil bagi saya untuk terima awak. Sebab saya tak boleh hidup tanpa islam. Im sorry wiliam” farah terus berlalu . kecewa dengan wiliam. 

“farah..” wiliam cuba menghalang farah pergi. Namun langkahan mati. Hatinya bertambah keliru. Farah akhirnya hilang dari pandangan wiliam.

gambar hiasan

Jam menunjukkan pukul 10.00 pagi manakala wiliam masih lagi dengan khayalan dibiliknya. Kelasnya yang bermula sejak pukul8.00 pagi tadi sudah pun tamat. “farah..look what u have done to me..im a loser farah..a loser..”perlahan wiliam membisikkan pada dirinya sendiri.  wiliam tidak dapat menafikan bahawa hatinya tidak dapat lari lagi. Dirinya terlalu menyintai farah. Hatinya tidak dapat melupakan farah. Kadang-kadang dia keliru. Terlalu banyak wanita lain yang lagi cantik dan mempunyai segala persamaan dengannya terutama adat serta agama. 

Namun, wiliam pening memikirkan kenapa farah yang menjadi kegilaan hatinya. Serta yang paling perlu difikirkan, adakah dia sanggup untuk masuk islam demi farah. ISLAM.. sudah berapa ratus kali wiliam cuba memahami dan memikirkan perkataan itu. Wiliam menutup mata serapatnya. Kepala yang terasa berat di tampung dengan lengannya. Semalaman matanya tidak lelap. Wiliam dapat merasakan dahinya yang hangat dengan tangan. Kepalanya berdenyut-denyut apabila dia cuba bangun bagai ditikam-tikam. Akhirnya wiliam mengalah lalu meletakkan kepalanya kembali di bantal. Tubuhnya yang lemah dibiarkan terkulai layu. ‘farah..’ . hanya nama itu sahaja yang dapat difikirkan.




No comments:

Post a Comment