Saturday, October 1, 2011

BAB 4 : menanti yang pasti


continued... from bab 3:

Sebelum balik , wiliam mengomel apabila misai yang dilukis oleh sui peng menggunakan celak farah tidak tanggal dengan beberapa basuhan. farah dan sui peng hanya mampu tergelak melihat telatah wiliam cuba mencuci mukanya di sinki kafe. Farah menghentikan gelaknya apabila muka wiliam merah kerana malu akibat ramai orang di kafe memandangnya. Tiba-tiba rasa bersalah menyelubungi mindanya. Dia menegur wiliam yang masih cuba membersihkan tanda hitam di wajahnya. “are you ok wiliam?”
                   

“im ok. Don’t worry.”wiliam menjawab pendek. Sui peng masih lagi bersisa dengan gelaknya.
Farah mencapai sabun tangan kafe yang ada di sinki sebelah tempat dimana wiliam berusaha membasuh mukanya lalu dihulurkan kepada wiliam.


“thanks, farah” farah yang mendengar ucapan wiliam hanya tersenyum kearah wiliam.

Sui peng menarik tangan farah untuk balik dan meninggalkan wiliam sendirian. Farah sempat berkata pada wiliam. “saya balik dulu wiliam” . wiliam hanya mengangguk tanpa memandang farah kerana masih berusaha menghilangkan tanda hitam diwajahnya menggunakan sabun yang dihulur oleh farah.

Dalam perjalanan ke bilik, sui peng sempat berkata pada farah yang masih memikirkan belasnya kepada wiliam. “farah, U don’t worry pasal rambut wiliam tu. Nanti hari pembentangan I akan skema kan rambut dia tu.ok?” sui peng menghabiskan kata dengan gelak lucu. Farah hanya melemparkan senyum hambar.

Dua minggu selepas itu , hari pembentangan yang mereka rancang akhirnya datang juga. Seperti yang dikata sui peng, dia benar-benar telah mengubah rambut wiliam yang wiliam amat sayangi itu. Farah hanya tersenyum melihat gelagat wiliam berlari sekuat mungkin untuk mengelak dari sui peng menyentuh rambutnya. Namun, sui peng ternyata pantas. Sekempal gel rambut yang berada ditangannya ditampal laju ke kepala wiliam. Akhirnya wiliam hanya hanya mampu mengalah dan berdiam membiarkan sui peng meneruskan agenda men ‘skema’ kan rambutnya. Farah sedikit berdebar kerana tak sampai lima minit lagi,giliran mereka pula membentangkan projek mereka. Sui peng meminta kebenaran dari farah yang merupakan ketua kumpulan mereka untuk pergi membasuh tangan di tandas yang berhampiran. Farah lantas membenarkan.



“aiya!!” wiliam tiba-tiba menjerit setelah sui peng berlalu ke tandas.

“aiya…misai I dah terkena tangan I. mesti dah tak jadi ni. Farah please, tolong betulkan. Sini got no mirror.i tak nampak.” Wiliam meminta pertolongan farah. Misai yang dilukis sui peng sudah sedikit comot.



“kejaplah. Tunggu sui peng datang.” farah mengelak.

“aiyo..nanti tak sempat lo..betulkanlah. I bukan suruh U sentuh I pun. Takkan lah tak boleh”wiliam masih meminta simpati.

“sorry wiliam. Tunggu kejap ea..tunggu sui peng da..” farah belum menghabiskan kata-kata, sui peng sudah datang terjengul dihadapannya. ‘alhamdulillah’ detik hati farah.

“sui peng .baiki misai wiliam tu sikit” arah farah. Sui peng yang faham situasi farah terus mendekati wiliam dan membetulkan misai yang sedikit comot.
Wiliam hanya memandang farah dengan pandangan yang sukar farah tafsir. Hampa?sedih? hmm.. something like that. Farah hanya membiarkan.

Pembentangan mereka ketika itu memang menbuahkan hasil. Tepukan gemuruh diterima setelah mereka selesai membentang projek. Mereka juga dinobatkan sebagai pembentang terbaik. Mulai saat itu maka tamatlah kerjasama mereka sebagai satu kumpulan. Namun bagi wiliam, itulah detik permulaan dia cuba lebih mendekati farah. Farah pula bagai cuba mengelak kerana dia bagai dapat menangkap niat tidak elok wiliam terhadapnya. Semakin farah mengelak, semakin wiliam galak mengacau farah. Kadang-kadang kesabaran farah tergugat juga.

 Pernah satu hari,wiliam meminta tolong farah untuk menghulurkan pembaris kepadanya. Tanpa syak farah  menghulurkan pembaris yang diminta. Namun, yang di sambut bukannya pembaris, tetapi tangan farah. Farah pantas menyentap tangan wiliam sambil mengerutkan keningnya tanda dia tidak berpuas hati terhadap apa yang wiliam lakukan. Istighfar tanpa henti farah. Sejak saat itu, farah benar-benar melarikan diri jika dia ternampak wiliam.

Namun, sejauh mana sangatlah farah mampu untuk melarikan diri. Wiliam selalu akan terjengul dihadapannya. Mana taknya, mereka merupakan rakan sekuliah. Oleh itu, muka yang sama sahaja yang sehari-hari timbul dihadapan farah ketika kekuliah. Tambahan lagi mereka juga tinggal dikolej yang sama. Pergi kafe, muka wiliam lagi yang selalu muncul.



Kawan-kawan pelajar cina bukannya tidak tahu niat wiliam. Dia suka sangat perempuan yang lain dari yang lain. Almaklumlah dalam kuliah, farah seorang sahaja yang mengenakan tudung labuh. Farah pun sedia tahu bahawa wiliam merupakan buaya dikalangan pelajar-pelajar cina. Dengan wajah yang agak tampan dikalangan pelajar cina, wiliam memang sangat terkenal. Bukan farah sengaja mahu berperasangka buruk. Namun, dia melihat dihadapannya sendiri dimana wiliam selalu bertukar-tukar pasangan. Dimana farah nampak?? Hmm..di jalanan, di kafe, di kuliah, di fakulti dan sebagainya.

Tapi farah pelik, kenapa dia juga dijadikan salah satu mangsa wiliam? Sedangkan apa yang dilihat sebelum ini, semua mangsa-mangsa wiliam adalah dari kalangan cina. Farah hanya membiarkan tanda Tanya itu bermain dibenak fikirannya. Dia hanya mampu mendoakan semoga ALLAH menjauhkan dia dari bala bahaya dan menjauhkan wiliam dari melakukan perkara ataupun terfikir perkara yang tidak elok keatas dirinya.





No comments:

Post a Comment