Thursday, October 6, 2011

BAB 5: menanti yang pasti




Pagi itu suasana amat dingin dan tenang.  Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Burung-burung kedengaran berkicau di pohon berhampiran dengan bilik farah. Farah menetiliti tutorial semikonduktor yang sudah hampir sepenuhnya di siapkan. Terdapat satu soalan yang memang tidak dapat farah selesaikan. Subjek itu memang tidak dapat farah nafikan kesukarannya. Sebagai pelajar engineering , jadual farah agak padat dengan tutorial, kuliah, makmal, dan menyiapkan assignment serta tutorial yang tak pernah kurang. 




Farah masih lagi kaku sambil mengerutkan keningnya merenung kertas tutorial umpama pesalah. ‘kenapa tak dapat jawapan ni?aduh..’ farah mengomel sendiri. Akhirnya farah mengambil keputusan untuk pergi awal ke kelas tutorial. Kelas tutorial bagi subjek semikonduktor sepatutnya bermula pada pukul 11 pagi. Tetapi farah tekad untuk pergi awal supaya dapat bertanya kepada pensyarah soalan yang tidak dapat diselesaikan itu dbiliknya. Ini bukannya kali pertama farah berbuat demikian. Walaupun dia dapat menjawab semua soalan tutorial yang diberikan, dia pasti akan pergi awal untuk ke bilik pensyarah bagi berbincang jawapan dengan pensyarah lebih awal. Pada hal, di kelas tutorial, pastinya pensyarah akan berbincang akan soalan yang sama.

Farah sering juga diejek pelajar-pelajar kuliahnya yang lain. Tetapi farah tidak kisah akan tanggapan pelajar lain yang menuduh farah suka membodek pensyarah . Apa yang bermain difikiran farah hanyalah, dia perlu belajar bersungguh-sungguh, bukan khusus untuk dirinya, tetapi untuk menaikkan islam. Farah yakin, jika dia berjaya dalam pelajaran, lebih mudah baginya untuk menyampaikan dakwah islamiah.



 Cita-cita yang dibina farah amatlah tinggi. Dia bukan merendahkan orang yang berada dibawah. Namun, tak dapat dinafikan bahawa dengan kedudukan yang tinggi dan nama yang baik dimata masyarakat, dia boleh meyampaikan segala perkara yang baik dan menasihati orang yang berbuat sesuatu yang tidak elok. Sekurang-kurangnya pasti orang akan mememikirkan tegurannya walaupun pada awalnya hanya kerana rasa hormat. Perinsip yang ada dalam diri farah banyak mengajarnya untuk bersederhana dan berfikiran positif pada setiap perkara. “menunduk jangan sampai tak Nampak langit, mendongak jangan sampai tak kenal tanah” itulah prinsip yang sentiasa terngiang-ngiang dimindanya.

‘Tet tet!’ telefon bimbit usang 3500 klasiknya yang diguna sejak tingkatan lima berbunyi.
‘upm nurul’ itulah nama yang tertayang di skrin telefon bimbitnya. 



“assalam, farah. Awak kat mana tu?nak pergi kelas pukul berapa?awak dapat jawab tak soalan tutorial nombor tiga?” farah tersenyum membaca mesej yang dihantar nurul. Mana tidaknya, memang tepat pada masanya. Farah pun memang tidak dapat menjawab soalan berkenaan.

Tangan farah lantas laju menekan punat telefonnya.
“ waalaikumussam. Maaf nurul. Memang tepat masa awak mesej saya. Saya pun nak bertanyakan awak perkara yang sama. Awak dapat tak?saya honestly tak dapat.”
Butang send ditekan.

‘tet tet!’
“alamak farah. Saya pun tak dapat jawablah. Kalau tak takkan la saya Tanya awak .hihihi”

Tangan farah laju meneraju telefon bimbitnya lagi.
“hihi..saja nak menyakat awak. Saya nak pergi jumpa dr akhi ni. Awak nak pergi sekali?”

‘Tet tet’
“takpelah farah. Saya Tanya dr. chua nanti kelas .kat kelas nanti dia akan bincang juga kan?.”

Farah sudah tahu nurul akan menjawab yang sedemikian.
“ok nurul.saya pergi dulu la. Kelas tutorial awak esok kan?takpe.nanti kalau saya dapat jawapan insyaAllah saya kongsi dengan awak ok?”

‘tet tet’
“ha a.kelas saya esok. ok farah. Terima kasih. Assalamualaikum “

Nurul amalina. Itulah nama kedua yang dihafalnya sejak masuk ke UPM selepas foo sui peng. Orang kedua yang menjadi teman baiknya. Banyak sifat-sifat nurul yang sangat farah kagumi. Perkara yang paling tidak dapat dilupakan bila mengingati nurul adalah pabila nurul menunjukkan sifat tegasnya dalam menegakkan keadilan.

Pernah sekali ketika mereka berjalan beriringan ke kelas, saat itu mereka dah terlalu lewat, dan ketika itu juga malang menimpa mereka. mereka keua-duanya tidak memakai kad pelajar. Polis university telah menahan mereka dan dua lagi pelajar yang juga tidak memakai kad pelajar. Disitulah bermulanya dialog yang amat menarik.

 gambar hiasan
“kami dah lewat ke kelas ni. Lepaskanlah kami.tolonglah.lain kali kami tak buat lagi. Kami akan selalu pakai kad pelajar. Tolonglah” dialog salah seorang dari dua pelajar yang tertangkap seperti nurul dan farah.

Polis itu merenung kedua pelajar terbabit sebelum memulakan kata.
“baiklah. Kali ini saya lepaskan awak. Tapi dengan syarat awak kena janji yang awak akan sentiasa pakai kad pelajar tu. Itu identity awak.”

“baiklah.kami janji” pelajar berkenaan kemudiannya dilepaskan pergi.
Nah,kini bahagiaan nurul dan farah pula untuk menjawab.

2 comments:

  1. assalamualaikum...

    ambo compius nie..cam jalan cerita empunya blog je nie..btul x??he3

    ReplyDelete
  2. rrr...hihihi.tapi nama lain.u pon lain.

    ReplyDelete