Monday, October 24, 2011

BAB 6: menanti yang pasti

continue... 



“awak berdua macam mana?kalau saya lepaskan, awak janji akan pakai kad pelajar tu selalu?” Tanya polis university berkenaan dengan nada yang sedikit ditekan tegas.
Farah cuba untuk mengangguk tanda ingin berjanji pada polis berkenaan. Namun, belum sempat dia berbuat demikian, nurul laju menjawab.

“encik. Kami buat silap. Tak perlulah nak lepaskan kami. Saman sajalah kami. Tak adillah kalau encik lepaskan kami sebab kami memang bersalah”




Ha…tu dia. Terkejut amatlah farah sampai terkedu seketika dengan apa yang dikatakan nurul kepada polis university berkenaan. Polis university itu pun menunjukkan reaksi jelas agak tempempan dengan ujaran nurul. Namun, polis university itu cuba mengawal reaksinya.

“bukan tu jawapan yang saya nak. Saya Cuma Tanya awak boleh janji tak yang awak akan pakai kad pelajar itu selalu kalau saya lepaskan awak?”
Akhirnya nurul hanya akur dan berjanji akan selalu memakai kad peajar berkenaan. Situasi itu melakar pahit dan manis buat farah bila memikirkan nurul.

Bukan itu sahaja kisah indah yang dilakar nurul dalam memori farah. Sifat tegas nurul juga pernah ditunjuk didalam dewan peperiksaan.
Saat peperiksaan pertengahan semester, farah juga mengambil peperiksaan bersama nurul. Namun jarak kedudukan tempat duduk  mereka agak jauh.

Saat mereka sama-sama khusyuk menjawab soalan peperiksaan yang diberikan, nurul terlihat dua orang pelajar yang duduk disebelahnya meniru antara satu sama lain dan seorang dari mereka membuka nota untuk melihat jawapan.



 Setelah selesai peperiksaan, nurul mengutip kertas peperiksaan untuk dihantar kepada pensyarah kerana nurul duduk dipenjuru paling luar barisan dia dalam kuliah tersebut. Ketika memungut kertas dari kedua pelajar terbabit, nurul sempat memberi teguran pedas terus kepada mereka.

“kalau meniru baik tak usah ambil peperiksaan. Jujurlah pada diri sendiri kalau tak dapat jawab” sambil memberi jelingan kepada kedua pelajar itu. Pelajar itu hanya menundukkan pandangan tanda malu dengan perbuatan sendiri. Sekali lagi farah terkejut dengan perbuatan nurul. Farah sendiri merasakan dirinya tidak mampu menegur seseorang secara depan seperti apa yang nurul lakukan.

Namun, tidak semua teguran nurul di dengari dan di insafi. Pernah sekali, nurul menegur sekumpulan pelajar yang berbuat bising di kawasan kelas yang mempunyai pensyarah yang sedar mengajar. Namun, pelajar-pelajar berkenaan hanya mengejek teguran nurul.



Kadang-kadang anugerah dari ALLAH itu datang saat kita berbuat baik kepada orang lain. Nurul juga terkenal dihati farah dengan sifat yang amanah dan baik hati. Nurul pernah memberitahu farah yang telah terjumpa satu telefon bimbit di stesen bas universiti. Dia cuba sedaya upaya mencari pemilik telefon bimbit tersebut. Usaha nurul Berjaya apabila dia Berjaya menghubungi pemilik telefon bimbit itu. Farah menemani nurul untuk berjumpa dengan pemilik telefon itu untuk menyerahkannya kembali.

“terima kasih banyak-banyak” itulah perkataan pertama yang dikeluarkan saat lelaki cina yang berumur lebih kurang sebaya dengan nurul dan farah saat perjumpaan mereka.

“sama-sama.its ok. Ini memang dah tanggungjawab saya.kalau orang lain jumpa telefon tu pun, dia akan berbuat benda yang sama.” Balas nurul dengan sebaris senyuman dibibirnya. Farah hanya diam tersenyum jua kearah lelaki cina itu dan hanya memerhati situasi itu dengan penuh kekaguman.



Setelah itu, lelaki berkenaan mengeluarkan sesuatu yang berada didalam kocek beg galas belakangnya. Sepapan chocolate Cadbury yang besar, itulah yang berada dipenglihatan farah dan nurul. Tiba-tiba lelaki cina itu menunduk tanda hormat kearah nurul sambil menghulurkan chocolate Cadbury itu. Gaya lelaki itu umpama seorang yang ingin menerima pingat daripada sultan.

“terimalah pemberian yang tidak seberapa ini” ujarnya. Masih mengharap nurul menerima pemberiannya.
Nurul yang agak terharu dengan tingkah lelaki cina itu akhirnya menyambut pemberian berkenaan.

Itulah balasan bagi orang berbuat baik. Kalau difikirkan,adakah lagi orang yang sama macam nurul di atas muka bumi, dizaman yang serba moden ini? .mungkin ada.tapi mungkin satu dalam sejuta kan? Kalau di fikirkan umpama dongengan sahaja.namun, percaya mahupun tidak, itulah sikap-sikap NURUL AMALINA. Farah selalu ingin belajar sifat-sifat baik yang ada pada nurul. Namun, sikap berani,adil, tegas yang ada pada nurul tidak dapat dilawan  farah. Oleh itu, Selamanya akan farah ingati setiap memorinya bersama nurul.

Farah laju melangkah keluar dari biliknya selepas  menjawab mesej salam nurul. Kelajuan jalannya yang dirasakan tinggi diperlahankan sedikit disebabkan rasa mengah. Perjalanan yang mengambil masa setengah jam itu dipenuhkan dengan zikir dan selawat. Bas bukan tidak ada disediakan di UPM, tetapi fobia farah masih lagi belum reda untuk menaiki mana-mana kenderaan.

Awal semester tahun satu lagi farah sudah mencatatkan sejarah yang agak hitam dalam hidupnya iaitu kemalangan saat menaiki kereta yang dipandu sui peng. Saat itu memang syukur farah panjatkan tiada terhingga kerana dia dan sui peng tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun apa yang di fobiakan sangat, motosikal yang dilanggar mereka. lelaki yang membonceng motosikal itu tidak sedarkan diri buat sementara waktu. Betapa takutnya mereka akan kemungkinan yang lelaki itu mungkin dah meninggal dunia. Namun, nasib menyebelahi mereka, pembonceng motosikal itu hanya tak sedarkan diri sementara. Alhmdulillah.

Farah sempat merenung sekeliling sambil kakinya melangkah untuk bertemu dengan pensyarahnya. Sedang mata farah asyik memandang sekeliling, matanya cerun tertarik kepada seseorang yang berada berseberangan jalan dengannya. Lelaki itu bagai pernah dilihat farah. Namun, tidak dapat difikirkan dimana tempat farah pernah bertemu dengannya. Lelaki itu sedang berjalan agak gopoh umpama sudah terlalu lewat untuk ke tempat yang ingin ditujunya. Tiba-tiba lelaki itu terlihat seorang yang buta sedang berjalan bertentangan arah dengannya. Dia pantas tanpa berfikir menolong orang buta itu dengan memimpin tangannya ketempat yang ingin dituju orang buta itu. 



Farah kaget tambah kagum. Bagaimana dengan tempat yang ingin dituju lelaki itu?mulianya lelaki itu,mengorbankan masanya untuk kepentingan orang lain. Subhanallah..akhirnya farah meneruskan perjalanan dengan membiarkan sahaja tanda Tanya dimanakah dia pernah berjumpa dengan lelaki berkenaan tergantung begitu sahaja.


Setibanya farah dibilik pensyarah, pintu bilik dr. akhi itu diketuk terlebih dahulu.
“assalamualaikum” farah memberi salam.
“waalaikumussalam, masuk.” kedengaran salamnya dijawab oleh orang berada didalam bilik itu.

2 comments:

  1. assalamualaikum...

    baik sungguh pekerti yang ditunjukkan oleh nurul.. indah juga peribadi yang dipamerkan oleh lelaki yang menolong orang buta tersebut. semoga sama2 kita berakhlak mulia dan berperibadi dengan peribadi yang baik (",)

    *nurul amalina = nurul fatin (",)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam wbt. insyaALLAH..sama2 kita. ana tak seberani itu.tak stegas itu. tapi sahabat yang bersifat sdemikian. :) moga kita juga sama2 berusaha kearah itu.

    ReplyDelete