Monday, January 30, 2012

HEllO mR. bOdYGuArd BAB 1

Lelaki lingkungan 50-an itu tekun meneliti data yang dihantar setiausahanya sebentar tadi. Mata yang mulai letih direhatkan dengan memejamkannya sambil menyandarkan badannya ke kerusi pejabat yang empuk.

Ring! Ring! Telefon pejabat di mejanya yang berdering lambat-lambat dicapai Syed Abbas.

“Yes, Fakri” Syed Abbas memulakan kata.

“Bos, ada panggilan dari balai polis” Fakri membalas pertanyaan Syed Abbas tanpa berlengah.

Syed Abbas sedikit tersentak. Namun, Syed Abbas hanya meminta Fakri menyambungkan panggilan.

“assalamualaikum” syed menyapa dahulu kepada orang yang berada di talian.


“waalaikumussalam Encik Syed Abbas. Kami dari balai polis Bangi. Anak encik, Syarifah Nurul Zulaikha ada di sini. Harap encik dapat datang ke sini”

“baik saya datang sekarang, insyaAllah, assalamualaikum”

Syed Abbas sedikit mengeluh dalam perjalanannya menuju ke balai polis. Dia bagai sudah dapat mengagak apa yang sudah berlaku kepada anak sulung ke duanya itu, Syarifah Nurul Zulaikha. Oleh sebab itu, Syed Abbas tidak bertanya panjang kepada polis berkenaan. Setibanya kereta Syed Abbas di perkarangan balai polis Bangi, dia memarkirkan kereta yang sedikit redup dengan pepohonan. Melangkahnya Syed Abbas ke dalam balai dia dapat melihat gadis ayu bertudung labuh pudar warnanya. Jubah yang dikenakan juga berwarna pudar dan besar. Cermin mata yang agak besar dan tidak sesuai dengan wajahnya. Namun, dia tetap kelihatan cantik dengan wajah yang putih gebu kemerah-merahan. Itulah Syarifah Nurul Zulaikha. Lelaki mana yang tidak terpIkat dengan wajahnya yang begitu sempurna walaupun setakat mana dia cuba berpakaian buruk bagi menutup kecantIkan yang ada padanya. Itulah yang menyebabkan dia selalu dikejar dan dIkacau di mana sahaja dia berada. Syed Abbas sendiri sudah pening memikirkan penyelesaian bagi kisah anak kesayangannya itu.

“Abi, assalamualaikum” Syarifah Nurul Zulaikha atau lebih dikenali Ika itu pantas menyapa apabila melihat Syed Abbas menjejakkan kaki ke balai. Ika dan adik bongsunya Syarifah Nurul Ain atau Ain memang sudah diajar dari kecik untuk memanggil Syed Abbas iaitu ayah kandungnya sebagai ‘Abi’ yang bermaksud ayah atau bapa. Ika pantas mencapai tangan Abinya dan mencium tangannya.

“waalaikumusalam warahmatullah.Ika, sayang Abi tak apa-apa?” Tanya Syed Abbas yang bimbang.

“Ika tak apa-apa Abi, Alhamdulillah. Ika guna serbuk lada yang Abi buatkan tu. Berkesanlah Abi. Alhamdulillah. Menggelepar lelaki tu Abi” Sambil sedikit tergelak lembut. Mukanya mulai kemerah-merahan apabila tersenyum menampakkan lagi kejelitaannya.

“Alhamdulillah, Abi bimbang sangat sayang.” Syed Abbas menyatakan kerisauannya. Namun, Syed Abbas sudah sedia tahu bahawa anaknya itu seorang yang amat tabah. Perkara yang sebegini hanya dianggap sesuatu yang tidak perlu ditangisi bagi anak kesayangannya itu.

“assalamualaikum, encik Syed Abbas?” seorang anggota polis berbaju kemas, bertubuh tegap dan berkulit sawa matang bertanya untuk memastIkan itu merupakan Syed Abbas.

“waalaikumussalam warahmatullah. Ya, saya Syed Abbas” Syed Abbas membalas.

“Ni kes kedua dalam dalam tahun ni kan? Encik Syed Abbas tak ada terfikir apa-apa penyelesaian? Mungkin ini bukan silap Cik Zulaikha, tetapi, jIka perkara seperti ini berlaku lagi, mungkin dapat memudaratkan suatu hari nanti.” Polis berkenaan menyuarakan pandangannya.

“saya dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Langkah-langkah keselamatan yang saya bagi dekat Ika, semburan lada itu bagi saya sudah satu cara untuk mengelakkan benda tidak elok. Tetapi, saya pun sedia tahu benda itu tak mungkin dapat selalu menyelamatkan Ika.”  Syed Abbas menghabiskan kata dengan sedikit keluhan. Ika hanya memerhati kebimbangan Abinya dengan penuh rasa bersalah.

“Harap Encik dapat bersabar. Saya ada cadangan peribadi. Mungkin cadangan ini bukan sesuatu yang logik. Namun, mungkin Encik boleh cuba fikir-fikirkan” ujar polis berkenaan.

“Apa caranya?” Syed Abbas bagaIkan berminat.

“BerIkan Cik Zulaikha pengawal peribadi.” Ujar polis berkenaan sambil tersenyum tanda dia juga merasakan itu merupakan sesuatu yang agak lucu.

“Encik sendiri rasa itu sesuatu yang tak logik. Apatah lagi bagi saya.” Syed Abbas melemparkan senyum hambar. Dia dapat menangkap maksud seyuman polis berkenaan.

Apa tidaknya, pengawal peribadi tu sendiri bermaksud sejenis pengawal keselamatan atau agen kerajaan yang melidungi seseorang individu yang biasanya terkenal, kaya, atau dari segi politiknya tokoh penting daripada serangan, penculIkan, pembunuhan, pengintipan, kehilangan maklumat rahsia, serangan pengganas atau ancaman-ancaman lain.
Tokoh-tokoh awam yang penting seperti ketua-ketua negara atau gabenor dilindungi oleh beberapa orang pengawal peribadi atau satu pasukan pengawal peribadi dari agensi, pasukan keselamatan atau pasukan polis (contohnya di AmerIka SyarIkat, Perkhidmatan Rahsia AmerIka SyarIkat atau Perkhidmatan Keselamatan Diplomatik Jabatan Negara AmerIka SyarIkat).
Di dalam negara di mana ketua negara adalah pemimpin tentera atau diktator, ketua pengawal peribadi juga mungkin sebahagian dari unit tentera elit. Tokoh awam yang kurang penting atau mereka yang memiliki profil kurang berisiko, mungkin akan ditemani oleh seorang pengawal peribadi yang juga bertugas sebagai pemandu. Sejumlah selebriti berprofil tinggi dan ketua pegawai eksekutif juga menggunakan khidmat pengawal peribadi.
Namun, anaknya yang bernama Syarifah Nurul Zulaikha ini berstatus apa?dia hanya berisiko dan diancam kerana kejelitaan yang ada padanya. Layakkah dia mendapat seorang pengawal peribadi? Tentu sekali Nampak keterlaluan untuk berbuat demikian. Oleh itu Syed Abbas memang benar-benar faham akan gurauan polis berkenaan.
Setelah bersalaman, Syed Abbas dan Ika meninggalkan balai polis berkenaan dengan keadaan senyap sunyi. Syed Abbas hanyut memikirkan masalah anak kesayangannya itu. Ika hanya memerhati gelagat Abinya dengan masih rasa bersalah. Namun, juga hanya mendiamkan diri membiarkan Abinya hanyut dalam pemikirannya. Ika sedia tahu Syed Abbas merupakan seorang yang amat tegas dan senantiasa memikirkan yang terbaik buat anak-anaknya.
Setelah arwah Uminya meinggal dunia, Syed Abbaslah orang yang bertungkus-lumus menjaga Ika dan Ain sebaik mungkin. Walaupun orang gajinya iaitu Mak Temah ada, namun, Abi hanya membenarkan Mak Temah membersihkan rumah. Urusan pakaian dan makan minum Ika juga Ain semua Syed Abbas cuba untuk menyelesaIkan sendiri. Bukan Syed Abbas tidak percayakan Mak Temah, namun, dia memegang janjinya kepada arwah Umi Ika dan Ain untuk menjaga Ika dan Ain sebaik yang mungkin. Oleh itu, semua urusan berkenaan Ika dan Ain ingin dilakukannya sendiri sehinggalah kini Ika dan Ain sudah boleh berdIkari sendiri. Ika kini sudah Berjaya memasuki gerbang Universiti di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan kejuruteraan kimia. Anak bongsunya pula iaitu Ain kini menyambung pengajian di Matrikulasi di Kedah.
“Ika ikut Abi pergi pejabat dahulu ya?Abi nak ambil fail.” Syed Abbas bersuara memecahkan suasana yang terlalu sunyi di dalam kereta yang meluncur sederhana laju di lebuh raya.
“baik Abi” Ika menjawab pendek.
“Abi, Ika minta maaf” Ika cuba menyambung kata setelah diam seketIka.
Syed Abbas memandang Ika seketIka sebelum menumpukan pandangan kembali ke jalan raya.
“kenapa minta maaf Ika?” soal Syed Abbas kepelIkan.
“Ika selalu buat Abi bimbang.Ika minta maaf sangat-sangat. Ika memang tak bermaksud nak menyusahkan semua orang.” Ujar Ika sambil menundukkan pandangan sedikit sebak kerana merasakan dirinya yang bersalah.
“Ika…”Syed Abbas cuba untuk memujuk Ika.
“Abi tahu Ika seorang yang tabah. Ika tak akan menangis untuk perkara macam ini kan?Abi tak sedikitkan pun salahkan Ika. Kalau sedetik Abi berfikir begitu, itu bermaksud Abi seorang yang tidak bersyukur memiliki kurniaan rezeki anak seperti Ika. Ika suka ke Abi yang sebegitu?” syed masih cuba menenangkan.
“tak mahu Abi. Ika bersyukur sangat dapat Abi yang macam Abi. Maafkan Ika. Ika tak akan ulang lagi ayat macam itu. Maaf kalau Ika menyinggung hati Abi.” Ika masih dengan rasa yang bersalah.
“tak apa sayang. Kita sama-sama berdoa dan berikhtiar ya.” Syed Abbas melemparkan senyum ke arah Ika. Ika hanya membalas sedikit hambar. Akhirnya kereta Syed Abbas tiba di pejabat. Perasaan gusar cuba disembunyikan kedua mereka seperti selalunya untuk menjaga hati masing-masing. Dan begitulah selalunya dan senantiasa.


No comments:

Post a Comment