Tuesday, October 5, 2010

PERGANTUNGAN DENGAN ALLAH..


continued...

selesai jer aku menunaikan solat dengan rakan se kos denganku,aku pergi melangsaikan amanah yang diberikan kepadaku..setelah itu kami menunggu bas di perhentian yang tak tahula ramai ke tak orangnya..yang pasti kami tak dapat tempat duduk pun..hihi.korang fikirla sendiri..

dapat je naik bas,aku laju jer cari tempat yang kosong..almaklumlah..aku ni mabuk bas dan tak stabil duduk dalam bas..hihi..kalau tak nanti ade jugak yang lenyek dek kena tindih kat aku dalam bas nanti.hihi. sampai di perhentian bas yang seterusnya,aku nampak geng2 kos aku baru nak naik bas..tergelak jugak aku.padahal diorang yang awal tunggu kat bus stop..yang pastinya,ade non muslim yang ikut travel kami ke mid valley ni.ade can la aku nak pungut pahala dakwah sikit. ya ALLAH...berikanlah dia hidayah ..amin. sampai sahaja kami ke stesen ktm, kami beratur nak beli tiket.masa tengah tunggu train sampai,aku sempat berborak dengan seorang sahabat aku ni, dia baru je jer bertukar tudung labuh. aku kagum sikit dengan orang macam ni.sebab aku pun pun bukan dari basic sekolah agama,sedar2 pun dah ade kat matrik.yang tu nanti bab lain la aku citer.aku lagi suka nak kongsi perbualan aku dengan sahabat ni.

  gambar sekadar hiasan

aku: awk..macam mana awak terbuka hati untuk berubah macam ni?
sahabat: atas dorongan orang..
aku: alhamdulillah la..nanti ade la teman saya nak kongsi bab2 agama ni ye..hihi
sahabat:insyaALLAH..
aku:mmm..subhanallah..indah kan ALLAH aturkan hidup ni?saya pun bersyukur sangat saya juga salah seorang yang di beri hidayah untuk berubah.alhmdulillah..walau macam manapun ALLAH menggerakkan hati kita untuk berubah,tapi itulah kurniaan nikmat ALLAH yang paling bernilai..dalam lautan manusia hambaNYA yang ramai ini,kita yang terpilih untuk didetikkan hati..
sahabat:mmm...betul tu..saya pun bersyukur sangat2..
aku: sebenarnya ALLAH memang dah detikkan hati semua hambanya..antara kita grab atau tidak je kan?
sahabat:ha'ah..saya pun sebenarnya dah lama terfikir nak berubah.tapi yela,..belum ade kekuatan dan dorongan dari orang sekeliling.sekarang ni ,alhamdulillah sangat..
aku:alhamdulillah..

masa kat dalam ktm tu, sempat lagi kami bergambar..poyo jer..tengah kesesakan orang bertolak-tolak tu,lensa kamera diorang masih lagi berfungsinya..selamat coach tu sume pempuan je.dah rasa macam sardin aku ni.tapi aku pun posing sama jer..siap overact agi.hihi.

sampai je di mid valley..huh!...lega rasanya..barula rasa boleh bernafas.
barula dapat aku lihat ruang udara yang luas..fuh..
dalam tengah jalan2 tu kawan yang non muslim tanya aku 
non muslim:kenapa orang islam lelaki tak boleh pakai rantai?
aku:ooo...sebab macam tu menyerupai wanita.
non muslim:cincin boleh pakai?
aku:boleh tapi bukan yang emas la..
non muslim:rantai? 
aku: tak boleh...tu macam perempuanla..
non muslim:ooo...
aku hanya cuba menjawab dengan senyuman.mungkin dia inginkan jawapan yang mendalam,namun saat tu aku belum diberi idea untuk memberi jawapan yang lebih bernas.rasa melepas pula aku tak grab peluang tu..aiyok..

 gambar sekadar hiasan

 selesai kami berjalan2,kami berhenti untuk makan.sebelum makan,aku utamakan bacaan doa untuk kami semua.non muslim itu berdoa mengikut cara kristiannya.aku cuba terapkan persahabatan yang indah dalam kalangan mereka dengan memulakan suapan kepada sahabat dahulu.setelah itu,semua saling suap menyuap.wah...bahagia sangat aku tengok.alhamdulillah...satu perubahan buat mereka.
masa dalam ktm untuk balik,kali ni ktm lagi sesak dari tadi.berdempek je semua..selamat semua sama2 pempuan je.aku macam biasalah..berdiri.kepala macam nak pecah dah..letih bangat..dalam diam2,aku duk perhati jer rakyat2 jelata yang berdiri berdempek disekeliling aku ni.semua kaum ade.india,melayu cina,arab..tiba2...
"ALLAH!!"
train tu tiba2 je membelok menyebabkan orang dalam ktm tu semua nak jatuh..boleh bayangkan tak?bukan aku je yang sebut ALLAH tu..semua muslim dalam tu sebut.tak kirala yang pakai seksi stakat mana pun.sama2 sebut ALLAH..orang india,cina yang non muslim semua diam terkedu je. yah!! aku dah dapat sesuatu hari ni..dalam kesesakan yang menghimpit. pengajaran bahawa setiap umat islam itu beruntung kerana adanya pergantungan dengan ALLAH..orang non muslim tak rasa ape yang umat islam rasakan.rasa seperti ade tempat untuk mengadu,untuk bergantung..sedang mereka ,kosong..itulah beza kita umat islam dengan non muslim. PERGANTUNGAN DENGAN ALLAH..


No comments:

Post a Comment