Tuesday, October 5, 2010

takdir ALLAH...


dalam perjalanan balik,bas berhenti untuk mengambil penumpang di satu kolej.dari jauh aku melihat seorang student tahun satu ,junior yang aku kenali tersenyum hambar datang menuju untuk duduk di sebelahku.memegang beg yang agak besar berwarna kuning.bertudung labuh.ayu saja dimataku.aku bersalam dengannya dan bertanya khabar.



aku: nak pergi kemana ni?
junior:nak balik kampung..ade sedara meninggal..
aku:innalillahiwainna ilaihirojiun..sabar ye..
junior:saya terkejut jugak sebab baru tadi berborak dengan dia. pastu tadi baru balik dari mid valley,jalan2 dengan family.sampai je kolej,mak call cakap orang tu dah meninggal.sakit jantung.ni on the way kena balik la ni..terkejut sangat kak..tadi baru seronok sangat dengan family jalan2.tiba2 dah je dapat berita macam ni.
aku cuba mendengar dan menenangkannya.matanya nampak layu..baru lepas menangis barangkali..ya ALLAH..berilah ketabahan buat adikku ini ya ALLAH...


keesokannya,aku menghadiri program ke port dicson sebagai pengadil family day. tengah khusyuk tidor dalam bas, "tet2" aduyai...kacau la..hanset bunyi lagi. aku buka inbox msg dengan mata yang kabur2.."kak...ayah adik aqilah meninggal dunia..baru semalam.." terkejut aku.adik yang pernah aku jaga masa kem sebuah sekolah dulu..ya ALLAH..innalillahiwainna ilaihirojiun..kepada KAU kami datang,kepada KAU juga kami kembali ya ALLAH..
balik sahaja dari port dicson, ade seorang kakak ajak aku pergi open house kat rumah salah seorang ahli usrah aku.belum sempat aku duduk,terus je pergi ke rumah kakak tu. takpela..menjaga hati sahabat tu dapat pahala kan..

sambil2 makan kat rumah kakak tu,aku perhati jer family dia..subhanallah..bahagianya jika dapat aku bina baitul muslim macam tu..keluarga yang penuh dengan tarbiah..tengah borak2 sama sahabat ni, aku lagi suka landing a silent ear..hihi..dengar je la ape yang diorang borakkan..diorang cerita tentang seseorang yang dah jadi sasau sekarang.diorang ceritakan kelakuannya dan macam mana untuk cuba membantu memulihkan dia.aku cuba mencari kepastian siapa orang yang diceritakan itu.. 
ya ALLAH!...termenung aku sendirian..rupanya yang mereka ceritakan adalah sahabatku yang pernah sama2 berkongsi suka dan duka dengan aku.aku amsih ingat di satu pusat membeli belah kami keluar bersama2..
aku:akak nak tak jam ni?
akak: takpelah dik..nantila akak beli..
aku: akak ambillah..nurul bayarkan..akak pilihla nak yang mana..
akak:takpelah ..susah2 je.
aku dia macam berkenan satu jam tu.jam dia dah rosak. aku capai jam tu dan terus bayar sebelum aku serahkan kat tangan dia..
akak:ya ALLAH...buat ape susah2..
aku:takpela kak..akak guna dan manfaatkan jam ni..nnt yang  memberi ni pun dapat pahala..(berkata dalam senyuman)
akak:terima kasih dik..akak akan guna jam ni untuk kebaikan..untuk ingat waktu solat dan sebagainya..akak akan ingat pemberian ni sampai bila2..insyaALLAH...


akhirnya sekarang..dia telah hilang ingatan..lupa siapa kawan2nya.ape lagi nak ingat jam yang aku bagi..ya ALLAH..aku kenal kakak tu..dia baik sangat..ya ALLAH..sembuhkanlah dia ya ALLAH..aku mohon..aku mohon...betapa sedihnya hati ini ya ALLAH..

sepanjang beberapa hari ini..inilah cerita yang dapat ku rungkai menyatakan hati ku yang terlalu sedih kerana satu persatu nyawa yang di sayangi sahabat2 ku di tarik.aku tahu ALLAH lebih sayangkan mereka.moga mereka ditempatkan ditempat para solihin..amin..pada kakak yang aku sayangi..semoga ingatanmy pulih kembali..aku tidak akan meminta untuk kau mengingatiku, tapi aku meminta dan memohon agar ALLAH kembalikan ingatanmu padaNYA.. ya ALLAH biarkan dia terus mengingatiMU ya ALLAH..pulihkan dia..amin...
THE END


No comments:

Post a Comment