Wednesday, July 6, 2011

BAB 2 : kebahagiaanmu dibalik keperitanku

* continue..
tersentak aku setelah mendapat mesej dari dia. Aku berasa sedih, tapi ku fikirkan kembali, aku patut lepaskan dia untuk mencapai kejayaan yang dia impikan. Aku sedar bahawa dia terseksa menghadapi hari-hari bersamaku. Aku menunaikan solat memohon pada ilahi. selepas solat,Tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Aku membuka pintu bilik. Terkedu aku apabila melihat si dia dihadapanku. Matanya sedikit bergenang. “im sorry” tu je perkataan yang aku dengar darinya. lalu airmata ku tak dpat ku tahan-tahan lagi.



gambar hiasan


      Setelah kejadian itu, kami masih lagi gembira bersama. Dia sedar bahawa dia telah menyakitkan hatiku dalam dia tidak rela.dan aku tidak pernah berdendam terhadapnya.

      Setelah tidak berapa lama selepas itu, kami diuji lagi. dan ini merupakan ujian terakhir untuk memutuskan tali KAWAN yang telahpun rapuh.saat itu, Ibu dia datang kebilik ketika kami sedang sama-sama belajar. Aku mempelawa ibunya masuk. Tapi ibunya tak mahu.ibu si Dia kelihatan terkejut dengan perwatakan dan pakaianku yang ditutup litup, terlalu berbeza dengannya yang berbeza agama. Saat itu, ibu dia tak berkata apa- apa. hari itu, segalanya masih berjalan lancar. tiada apa yang dapat dicurigai.

Namun, setelah beberapa hari setelah itu, si dia tidak lagi datang kebilikku. Ketika di kelas, dia bagai mengelak dari bertemu denganku. Saat itu, sekali lagi aku berasa sedih. Namun saat ketika itu juga ina hadir lagi menemani aku. Memujukku tanpa jemu serta menasihatiku. Setelah itu, aku cuba untuk berkawan rapat dengan ina. Aku sudah tidak pedulikan lagi si dia walaupun kadang-kadang aku sedar bahawa dia sering menjeling aku bersama ina. Dia kelihatan tidak seronok bersama kelompok kawan-kawan chinesenya. Tapi aku hanya berharap bahawa dia akan bahagia bersama kawan-kawannya.

      Kini aku sudah sangat rapat berkawan dengan ina. Ina seorang yang sangat membantu dan penuh dengan nasihat. Mengenali ina amat istimewa dan suatu anugerah bagiku. Satu hari, aku menghantar post di status facebook ina menandakan aku amat menghargai ina. tetapi maksud sebenar hatiku adalah untuk menggambarkan bahawa aku merindui si dia yang mungkin sudah melupakanku. Namun,tanpa kuduga, apa yang aku dapati, si dia ‘LIKE’ status itu menandakan dia juga membaca page yang aku tulis. Aku sedikit sebak. Namun ku tahan. Aku membuka page facebook si dia. Aku membaca status yang ditulisnya.
 ‘I don’t know why, but I feel lonely’…



airmataku laju mengalir. Hati ku berdetik ‘if loneliness is your happiness, I’ll let you go’. Begitulah kami sehingga kini berdiam diri walaupun saling mengingati.

      Masih aku ingat dia pernah berkata padaku “mus, kalau saya mati, you menangis tak?” tak semena-mena aku terus menangis. Dia cuba memujukku. “saya cakap kalaulah…kenapa awk nangis??janganlah menangis..awk jangan buat rasa saya
      bersalah..awk dah banyak kali menangis sebab saya..im sorry mus” aku mengawal sebakku. Aku sedih kerana ketika itu dia tidak sihat..aku sedih bila dia berkata yang demikian.



      Bila mengingatkan kisah-kisah ini, hatiku sering terdetik.
      ‘jika awak perrnah cakap pada saya bahawa kalau masa diputarkan kembali awak akan pilih untuk tinggalkan saya dan sakitkan hati saya, saya nak awak tahu…kalau masa diputarkan kembali, saya akan pilih untuk lepaskan awak tinggalkan saya dan biarkan awk sakitkan hati saya…sebab kalau diputarkan kembali masa, saya akan pilih kebahagiaan awak walaupun saya merana..’
      lagu ni untuk awak yang bernama KAWAN…-si dia
dan tidak lupa
      untuk sahabat yang bernama teman..-ina



      Somewhere to find a friend like u..
      Some how when ur around
      The sky is always blue
      The way we talk the thing u say,
      The way u make it all ok
      And how u know,
      How low my jokes
      But u laugh anyway..

      If I could wish for one thing
      I’ll take the smile that u bring
      Wherever u go in this world
      I’ll come along..
      Together we dream a same dream
      What ever im here for u u here for me
      Like two voices one song..
      And when u where u are
      U know I’ll be along
      And when u call my name
      Im listen to the sound..

      If I could wish for one thing
      I’ll take the smile that u bring
      Wherever u go in this world
      I’ll come along..
      Together we dream a same dream
      What ever im here for u u here for me
      Like two voices one song..

THE END..

No comments:

Post a Comment