Wednesday, July 6, 2011

BAB 1: Menanti Yang Pasti

Jam tepat menunjukkan pukul 4.30 pagi, di saat itu  ada wajah yang dalam kebasahan. Ada diri yang sedang duduk dengan adab diatas alasan kain dimana adanya ukiran indah hiasan kaabah. Diri insan itu sedang menangisi dan menginsafi dosa-dosa silam yang telah dizahirkan. Diri itu memohon kepada TUANnya yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang agar khilaf yang telah dilakukan sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak ,agar diampunkan.tidak lupa jua doa yang ditujukan untuk ibu ayah,keluarga dan seluruh umat islam. Airmata hangat itu luruh tanpa mengerti saat untuk berhenti. Dalam pipi yang terus dibasahi, mulutnya terkumat-kamit mengungkap kata.


 ‘ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim..dengarlah rintih doa hambaMU yang kerdil ini ya ALLAH..sesungguhnya begitu banyak dugaan yang KAU limpahkan buatku. Namun tetap ada syukur dihatiku kerna aku tahu,KAU sedang merencanakan sesuatu yang terbaik buatku. Kerna aku jua tahu ujian yang tentukan adalah kerna KAU mengingati hambaMU yang kerdil ini. Maka kau berilah daku ketabahan yang cukup Ya ALLAH..supaya dapat aku hadapi apa sahaja dengan sabar dan tabah. Ya ALLAH..jika benar dia itu untukku, maka berilah aku petunjuk dan kekuatan.jika dia bukan ditentukan milikku, maka jauhkan kami dari kemaksiatan.jauhkan dia dariku ya ALLAH. Walau apapun ketentuanMU aku memohon ya ALLAH, KAU berilah petunjuk kebenaran kepada wiliam dan sahabat non-muslim yang lain ya ALLAH..tunjukkan dia jalan islam yang benar. Bukalah pintu hidayah buatnya. Sesungguhnya dia dalam kegelapan yang nyata ya ALLAH. Maka KAU bukakanlah benteng kegelapan itu kearah cahaya kebenaran ya ALLAH..aku memohon. Hanya padaMU tempat ku berserah. Maka makbulkanlah doa hambaMU ini ya ALLAH. Amin’ farah meneruskan zikirnya penuh keinsafan.


Dalam masa yang sama,Wiliam masih tidak berhenti mengeluh. Matanya mencerun kearah siling bilik. Kepala yang terasa berat diimbangkan dengan meletakkan kedua belah telapak tangan dibawah kepalanya. Otak wiliam masih lagi ligat memikirkan apa yang telah terjadi petang semalam. Jiwanya yang rasa tidak keruan menyebabkan dirinya tekad untuk melafazkan kata-kata yang tersimpan rapi selama ini dihatinya. Hati yang disangkanya akan bertambah tenang malah bertambah berat apabila apa yang tersimpan dibenaknya diluahkan. Wiliam terus membiarkan dirinya hanyut dalam lamunan dalam mengingati apa yang terjadi antara dia dan farah petang semalam.

Farah rasa gelisah yang amat apabila dia menyedari lelaki yang ingin dijauhi itu datang semakin menghampirinya. Wiliam terus berjalan sehingga sampai mencari tempat yang sesuai untuk berdiri bagi menghadapi farah. Farah semakin cuak. ‘aduhai..apehal pulak ni..ya ALLAH..tolonglah hambaMU ini’. Kini wiliam betul-betul berdiri tercegat dihadapan farah. Farah yang sudah mempersiapkan diri untuk melangkah pergi bangun dari tempat duduk tanpa mempedulikan wiliam yang berdiri betul-betul dihadapan mejanya dan sedang memerhati segala gelagat farah. Tidak dapat dinafikan bahawa hatinya terguris dengan kelakuan farah. Dalam keadaan seperti itu,apa yang ada difikiran farah kini hanya ‘farah..cepat lari sebelum dia buat onar lagi!!!’ mahupun pergerakan farah dikawal tenang. Farah meneruskan langkahannya tanpa menoleh sedikitpun kearah wiliam sehinggalah wiliam mula mengeluarkan suaranya yang kedengaran bergetar sedikit.


“I takkan pegang u. I takkan sentuh u untuk hentikan u dari lari. So, I harap kehendak u sendiri untuk berhenti dan dengar apa yang I nak cakap.please.”

Langkahan farah sudah terhenti sejak terjejaknya suara  wiliam ditelinganya. Farah akur. Keadaan sunyi seketika. Farah baru dua langkah menjejakkan kaki. Tubuhnya masih membelakangi wiliam. Otak farah berfikir apakah yang harus dilakukan. Adakah patut dia dengar apa yang hendak dikatakan ataupun tidak. ‘alamak..kalau terus jalan nanti tak pasal-pasal batal air semayang aku. Jadi cerita drama pulak nanti.adegan tarik-tarik tangan. Aiyo..’
Farah menarik nafas sedalamnya dan melepaskan dengan berat. Perlahan farah memusingkan tubuhnya untuk bersemuka dengan wiliam.

“apa-apa pun,boleh tak kita cakap kat luar?”farah memberanikan diri meluahkan kata antara dengar atau tidak. Niat dihati agar tiada yang akan mensalahtafsir jika dia dan wiliam berdua sahaja dalam dewan kuliah itu.

“ok.” Kata wiliam pendek dan terus melangkah mendahului farah untuk keluar dari dewan kuliah. Farah hanya mengikuti jejak langkah wiliam. Tiba disatu lorong kebanyakan pelajar lalu lalang, wiliam menghentikan langkahannya dan perlahan menoleh kearah farah yang masih dibelakangnya. Nafasnya dihembus berat. Matanya mencerun kearah farah dengan pandangan kelukaan. 

to be continued...

No comments:

Post a Comment