Wednesday, July 6, 2011

BAB 1 : kebahagiaanmu dibalik keperitanku


    *
      Tersenyum sendirian daku dihadapan computer riba yang kusam. Kekunci papan computer riba yang bertanda anak panah ke kanan kutekan selang 30saat. Setiap kali jariku berdetik menekan butang itu,satu demi satu paparan gambar terpapar di layar skrin di hadapanku. Setiap satu paparan gambar berwajah itu menyembunyikan beribu kenangan dan peristiwa tersendiri. Memang tidak dapat kunafikan lagi, bahawa aku jua merinduinya.. aku merindui dia yang pernah menjadi peneman ketika aku sendirian, yang cuba kufahami sifatnya, yang kuhafal tingkah lakunya, yang sedia ada untuk sentiasa kuambil berat, dan si dia yang pernah menangis dan ketawa bersama-sama..dialah seorang KAWAN…
 gambar hiasan


      Bila teringat balik kisah ni, rasanya macam kisah-kisah dalam drama kat televisyen pun ada. Tapi nak ataupun tak nak,percaya ataupun tidak,ia benar-benar aku lalui.
      Kisah ini aku tulis supaya si dia tahu isi hatiku dan apa yang aku rasai.

      Teringat lagi masa kami mula-mula bertemu, masa tu dia pakai baju kurung biru,aku pun sama.kami sama-sama masuk ‘audition’ untuk pertandingan pidato. Masa tu dia memulakan teguran dalam pelat-pelat cinanya. “u pun masuk pertandingan ni ka?” aku yang sedikit terkedu pun jawab je  “haah..awak masuk juga ke?” aku enggan mengalah untuk membahasakan diri saya dan awak. “yes..i pun masuk jugak”. Berbalas senyum.
      Perbualan kami hanya terhenti disitu. Tapi yang pastinya, masa tu kami sama tak layak untuk menyertai pertandingan itu sehingga ke peringkat akhir pun..

      Masa kelas untuk semester satu bermula, kami diketemukan lagi. Masa tu kami berkenalan dengan lebih dekat. Rupanya kami mengambil kos dan fakulti yang sama. Dari saat itu, kami sentiasa bersama untuk pergi ke kelas . bersama untuk makan. Bersama berjumpa dengan pensyarah dan pergi mana-mana sajalah. Tambahan lagi, aku tak mempunyai kawan melayu. Dalam kos aku kebanyakannya Chinese. pelajar Melayu hanya ada beberapa kerat saja. Kami gembira berkawan walaupun kami berbeza bangsa dan agama. Dia selalu ingatkan aku ketika waktu solat. Kalau kami nak beli makanan, dia akan tengok dulu kalau tiada tanda halal. Aku senang besamanya. Memang dia banyak bertanya akan islam. Kerap juga dia tidur denganku ketika kami 'study' dibilik bersama-sama. Aku tidak lupa untuk menutup aurat. Dan dia juga faham bahawa aku perlu menutup aurat walaupun dia seorang perempuan sepertiku. Kerana dia adalah  non-muslim.

      Hubungan kami memang sangat rapat. Namun, langit itu tak selalunya cerah. Dia sedar bahawa ramai kawan chinesenya tidak senang melihat dia berkawan denganku serta ramai yang meminggirkannya. Aku juga sedar ketika aku bersamanya, ramai kawan-kawan melayu yang memandangku dengan pandangan yang sukar ku ulas. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kelebihan dalam intelektual dan maklumat banyak yang terkumpul pada pelajar Chinese. Ketika maklumat yang penting diberi oleh pelajar Chinese sesama mereka, si dia selalu tak dapat. Aku pun rasa kesian dengan apa yang diperlakukan kawan-kawan Chinese pada dia. Tapi dia cakap dia tak kisah. ketika membuat Tutorial ,kami cuba sedaya upaya berbincang dan menyelesaikan sendiri. 


Namun, nak ditakdirkan satu hari tu, kami sama-sama tengah bincang tutorial. Tapi, memang tutorial kali tu sangat-sangatlah susah.satu soalan pun tak mampu kami nak selesaikan. Dia nampak sedikit berserabut. Dia memang seorang yang bencikan sangat kegagalan. Markah tutorial kali tu memang sangat banyak. Kalau kami tak dapat buat, markah exam pun akan terjejas. Disaat runcing tu, sekumpulan kawan-kawan Chinese datang mendekati kami yang sedang berbincangkan tutorial berkenaan.. Mereka mengajak dia untuk pergi makan bersama-sama sedangkan kami baru saja selesai makan. Tapi, dengan tak berfikir lama,dia setuju untuk pergi makan bersama mereka lantas meninggalkan aku sendirian.aku agak terkedu,disaat genting seperti itu dia sanggup pergi meninggalkanku.aku tahu dia ingin mengorek jawapan dari kawan-kawan chinesenya. Sedikit air mataku mengalir.namun, aku tak beralah, aku cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan soalan itu sendirian. 

 gambar hiasan

Tanpa aku sedar ada seseorang sedang berdiri dihadapan mejaku. Aku mengharapkan si dia yang berdiri dihadapanku,namun aku hampa..kerana yang ada hanyalah seorang kawan melayu yang juga sama kos dengan  aku. Aku melemparkan senyum pedih. Kawan melayuku itu yang bernama ina cuba memujukku walaupun ina tak tahu apa yang terjadi. Aku cuba menceritakan kepada ina apa yang terjadi dan ina cuba untuk memahamiku.ina membantuku untuk menyiapkan tutorialku yang tergendala.

      Setelah pulang dari menghantar tutorial, aku mendapat mesej dari si dia. ‘hi, mus, saya terpaksa tinggalkan awak.saya mintak maaf. Saya perlu siapkan tutorial saya. Hanya kawan-kawan Chinese saya yang dapat Bantu saya buat tutorial. Saya tak mahu gagal. Maaf mus..kalau diberi peluang masa diputarkan kembali, kalau perkara ni terjadi lagi, saya pilih untuk lakukan benda yang sama iaitu tinggalkan awak dan sakitkan hati awak. Sorry.bye’

No comments:

Post a Comment