Wednesday, July 6, 2011

BAB 2: Menanti Yang Pasti

continue..

Farah hanya mengikuti jejak langkah wiliam. Tiba disatu lorong kebanyakan pelajar lalu lalang, wiliam menghentikan langkahannya dan perlahan menoleh kearah farah yang masih dibelakangnya. Nafasnya dihembus berat. Matanya mencerun kearah farah dengan pandangan kelukaan. Farah berhenti dan melihat kewajah wiliam sejenak lalu menundukkan pandangan kembali sambil memulakan kata.

“apa yang awak nak cakap?” farah cuba mententeramkan nada. Farah dapat dengar keluhan berat yang keluar dari mulut wiliam sebelum wiliam memulakan kata.

BAB 1: Menanti Yang Pasti

Jam tepat menunjukkan pukul 4.30 pagi, di saat itu  ada wajah yang dalam kebasahan. Ada diri yang sedang duduk dengan adab diatas alasan kain dimana adanya ukiran indah hiasan kaabah. Diri insan itu sedang menangisi dan menginsafi dosa-dosa silam yang telah dizahirkan. Diri itu memohon kepada TUANnya yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang agar khilaf yang telah dilakukan sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak ,agar diampunkan.tidak lupa jua doa yang ditujukan untuk ibu ayah,keluarga dan seluruh umat islam. Airmata hangat itu luruh tanpa mengerti saat untuk berhenti. Dalam pipi yang terus dibasahi, mulutnya terkumat-kamit mengungkap kata.

BAB 2 : kebahagiaanmu dibalik keperitanku

* continue..
tersentak aku setelah mendapat mesej dari dia. Aku berasa sedih, tapi ku fikirkan kembali, aku patut lepaskan dia untuk mencapai kejayaan yang dia impikan. Aku sedar bahawa dia terseksa menghadapi hari-hari bersamaku. Aku menunaikan solat memohon pada ilahi. selepas solat,Tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Aku membuka pintu bilik. Terkedu aku apabila melihat si dia dihadapanku. Matanya sedikit bergenang. “im sorry” tu je perkataan yang aku dengar darinya. lalu airmata ku tak dpat ku tahan-tahan lagi.



gambar hiasan

BAB 1 : kebahagiaanmu dibalik keperitanku


    *
      Tersenyum sendirian daku dihadapan computer riba yang kusam. Kekunci papan computer riba yang bertanda anak panah ke kanan kutekan selang 30saat. Setiap kali jariku berdetik menekan butang itu,satu demi satu paparan gambar terpapar di layar skrin di hadapanku. Setiap satu paparan gambar berwajah itu menyembunyikan beribu kenangan dan peristiwa tersendiri. Memang tidak dapat kunafikan lagi, bahawa aku jua merinduinya.. aku merindui dia yang pernah menjadi peneman ketika aku sendirian, yang cuba kufahami sifatnya, yang kuhafal tingkah lakunya, yang sedia ada untuk sentiasa kuambil berat, dan si dia yang pernah menangis dan ketawa bersama-sama..dialah seorang KAWAN…
 gambar hiasan

Monday, January 24, 2011

ZON SELESA YANG MEMBIMBANGKAN




ASSALAMUALAIKUM...


lama benar ana tidak menulis didalam blog.ramai juga yang tertanya-tanya. :) syukran.. tq pada yang mengambil berat.ana amat hargai. apa khabar iman dan amal selama ini? (soalan untuk ana dan antum semua) semoga baik2 belaka dan semoga terus dalam redha ilahi..amin..:)

apa yang ana tulis hari ni ye?hehe..sebenarnya lama dah otak ini berputar untuk mengukir kisah yang berada dibenak ini.namun ,akibat jari yang malas nak menaip dan masa yang suntuk akibat exam menyebabkan tiadalah post dari ana..hehe. ok2..kisah yang ana bakal nukilkan ini moga dapat memberi kesedaran pada ana dan antum semua.setelah melihat secara mendalam lagi disekeliling dan diri ana,maka ana terfikir untuk menukilkan kisah ini.namun, yang pastinya segalanya datang dari ALLAH... :)

Tuesday, November 2, 2010

KEGELAPAN DALAM CAHAYA

assalamualaikum wbt...


ape khabar iman dan amal diri? diri ini? hmmm.....honestly so bad. kini aku ukirkan coretan ini bersama air mata yang membasahi keyboard laptopku.3 hari dalam kegelapan. aku tak dapat nak lihat cahaya umpama tiada lagi cahaya. kegelapan yang membuat diri tak mampu lagi bertahan.ingin luahkan segala..namun tiada siapa dapat memahami,tak mungkin ade yang akan memahami..kerana aku sendiri tak dapat nak meluahkan.aku melihat jalan yang aku ada untuk mengadu..tapi,aku hanya pandai untuk berpaling,dan berpaling dari kebenaran bahawasanya ade satu tempat yang bisa untuk aku luahkan segalnya. yang MAHA MENDENGAR..yang sangat memahami..yang sentiasa menunggu untuk mendengar luahan hatiku...tapi tak tahu kenapa aku masih mencari seseorang yang tak semestinya memahamiku kerana masih ada kepentingan sendiri..itulah manusia..

Tuesday, October 5, 2010

~Ruang untuk PERUBAHAN~

ASSALAMUALAIKUM  dan salam sejahtera..


hari ni,walaupun kelas pukul 10, tapi standard je siap awal2..lepas siap baca maathurat,aku belek la page kat internet,check email sikit. yela...dalam kelas work place,lecturer aku cakap, "proper use of internet is we need to at least check the email or progress of the email 2 times a week" (tapi aku over check jer..lebih 3 kali sehari kut..hihi). di pendekkan cerita, aku terjumpa la email satu sahabat ni.. dia suruh aku cuba check dan baca dia punya blog. moreover, dia suruh aku komen dia punya penulisan. aku tabik je orang boleh menulis ni..penulisan dia baik,sebab bagi aku, penulisan yang baik, bukan dari tangan dan otak. tangan dan otak just instrument je.tapi, penulisan yang baik itu adalah penulisan yang bermula dari hati.cuba untuk menulis dengan hati..insyaALLAH, pembaca akan dapat dalami apa yang anda tulis. ha........aku dah melalut panjang ni..sebenarnya aku just nk cakap yang dia tertarik dengan salah satu artikel yang aku tulis, iaitu "zon selesa.". alhamdulillah..arikel tu tulis tentang semangat untuk berubah. jadi aku tergerak nak buat satu cerita lagi. insyaALLAH..moga ada pengajaran yang kita boleh grab melalui cerita ini..